Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Turun Temurun Cara Buat Kuah Rojak Yang Sedap. Tak Sangka Hanya Gunakan Bahan-Bahan Ini Jer
Sedapnya kan dapat makan rojak buah. Boleh kecur air liur bayangkan cicah kuah rojak dengan buah pelam atau nenas. Rupa-rupanya kuah rojak ni sesuai juga nak makan dengan kangkung. Ala-ala sotong kangkung tu.
Siapa yang tak tahu macam mana nak buat kuah rojak ni, wajib cuba dan follow resepi Cik Puan Ummu Naim Qalaq ini. Buat banyak-banyak boleh simpankan dalam botol atau bekas je.
RESEPI KUAH ROJAK
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 genggam cili api ( hijau dan tua)
- 2 cawan gula merah (cairkan dengan 2 cawan air.) Tapis dan sejukkan
- 1 cawan kicap ( saya guna kicap lemak masin, jadi garam tak payah masukkan dah… Tapi kalau kurang masin, boleh masukkan sikit)
- 1 cawan tepung gandum (saya guna tepung gandum saja)
- 1½ inci – 2 inci belacan hitam (belacan utara)
- 2 botol petis otak udang
- Air biasa 4 cawan
- Standby 1 cawan gula putih
- Buah-buahan atau sayur kangkung pun boleh.
BACA JUGA: Cara Buat Popcorn Homemade Sedap Dan Crunchy! Tak Sempat Sejuk Dah Habis Sebalang
CARA PENYEDIAAN KUAH ROJAK :
▶ Blend semua (kecuali gula pasir) sampai hancur betul2x terutama cili api.
▶ Tuangkan ke dalam periuk besar
▶ Didihkan sampai cantik berkilat… kalau boleh jangan pekat sangat… (macam kita buat sos yong taufu atau cucur udang.. tapi jangan terlalu cair sangat)
▶ Kalau kurang manis masukkan gula putih tadi, begitu juga garam, kurang masin boleh tambah.
Bila dah likat cantik , tutup api, biarkan dalam masa 10 minit.
▶ Masukkan 2 botol petis (otak udang)
▶ Kacau sebati
▶ Biarkan suam-suam, kemudian barulah masukkan dalam bekas.
▶ Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais, bila nak makan, rendam dengan air paans dulu.
Nota – Jika ada kacang tanah. Boleh sangai dan simpan dalam bekas kedap udara. Jangan campurkan dalam kuah rojak sebab akan jadi lemau.
Bila nak makan, barulah tabur kacang tersebut dalam pinggan kita yang sudah tersedia dengan buah atau kangkung dan disirami kuah rojak.
Kacang boleh di goreng/ sangai, pilihan masing-masing. Yang penting rasanya sedap dan rangup bila dimakan nanti.
Bila dah buat kuah rojak yang banyak, hari-hari nak makan pun tak ada masalah. Bukak je peti, terus panaskan!