Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Cheesekut Paling Senang Dan Sedap. Crackers Saltcheese Tu Boleh Je Gantikan Dengan Crackers Lain!

0 5,836

Antara kudapan yang anak-anak kita suka pastinya cheesekut. Mudah sangat nak buat, makan sejuk-sejuk lagi sedap. Selain menggunakan Crackers saltcheese, resepi cheesekut ini boleh digantikan dengan crackers lain!

Kebiasaannya, resepi cheesekut tidak memerlukan bahan yang banyak. Lebih kurang 5-6 bahan sahaja. Begitu juga dengan resepi cheesekut paling senang dan sedap ini. Anda cuma memerlukan 6 bahan sahaja.

Resepi cheesekut ini menggunakan crackers saltcheese. Rasanya juga dah masin. Untuk elak rasa muak, anda cuma perlu menggunakan separuh sahaja daripada susu pekat tin. Kalau nak manis juga, boleh lebihkan sukatan susu pekat.

Resepi cheesekut paling senang dan sedap ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Fara Amirullah. Yang paling seronok dalam penyediaan cheesekut ini adalah tak perlu dibakar ataupun dikukus.

Adunan cream cheese dan biskut akan dimasukkan kedalam bekas secara berselang seli. Kemudian, ditaburkan parutan cheddar cheese, dan disejukkan dalam peti. Makan sejuk-sejuk baru sedap!

 

RESEPI CHEESEKUT PALING SENANG DAN SEDAP

Mesti ramai yang pandai dan suka buat kek batikkan. Sebab ianya amat mudah. Tak perlu sukatan tertentu, tak perlu guna mixer, dan tak perlu guna oven. Kalau nak kelainan, jom cuba buat cheesekut yang lebih kurang sama caranya macam kek batik.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk cheesekut :
  • 2 pack Crackers saltcheese
  • 500 gm Cream cheese*
  • 200 ml Whipping cream*
  • 1/2 tin Susu pekat*
  • 3 sudu makan Gula aising*
  • Parutkan cheddar cheese

CARA PENYEDIAAN CHEESEKUT PALING SENANG DAN SEDAP :

▶️ Pukul semua bahan bertanda * sampai licin.

▶️ Susun crackers dalam bekas, nak guna tipuwarepun boleh. Lagi senang! Kalau nak masuk dalam loyang pun boleh. Lapik dengan cling wrap dulu baru susun crackers. Lebih mudah nak potong.

▶️ Second layer sapu cream cheese.

▶️ Then susun crackers. Ulang step yang sama suat sampai habis. Potong crackers cantik-cantik jangan patahkan, potong pakai pisau.

▶️ Lastly, parutkan cheddar cheese atas cheesekut. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Rasa Pedas Manis Yang Super Duper Simple. Sekali Cuba Pasti Terpikat! 

 

Dalam resepi cheesekut ni, boleh masukkan cream cheese sebanyak yang anda suka. Lagi banyak lagi sedap! Rasa cheesekut yang dikongsikan ini tidak terlalu manis dan rasanya sesuai dimakan untuk semua peringkat umur.

Bahagian topping pula, boleh taburkan cheddar cheese sampai tak nampak lapisan crackers tu. Confirm menjilat jari dibuatnya! Bukan anak-anak je suka, tapi mak ayah pun turut suka dengan cheesekut ni.

Lepas ni tak perlu beli cheesekut diluar lagi. Buat je secara homemade. Lagi jimat dan lagi puas hati dengan hasilnya. Semoga resepi cheesekut paling senang dan sedap ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open