Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Kuih Ketayap Inti Padat Yang Paling Sedap. Kalau Suka Follow Je Resepinya Disini!

0 203

Ada yang suka dengan kuih ketayap inti padat? Kuih ketayap atau kuih gulung merupakan kuih tradisional Melayu yang mudah dibuat dan sungguh enak rasanya. Sesuai sangat dijadikan menu minum petang dihujung minggu.

Adunan tepung kuih ketayap ini cuma perlu diblender dan tak perlu menggunakan mixer. Kisar halus sehingga semua bahan sebati. Kalau tak suka dengan bau hanyir telur, anda boleh masukkan sedikit esen vanilla untuk hilangkan bau hanyir tersebut.

Resepi kuih ketayap original perlu menggunakan warna hijau dari pati atau air daun pandan. Yang mana, daun pandan perlu dikisar dan diambil patinya. Adunan perlu cair supaya senang di lenggangkan dalam kuali nanti.

Kulit kuih ketayap ini tidak boleh terlalu tebal. Bila dimasukkan inti didalamnya, kulit akan digulung dan akan menebal. Untuk bahagian inti pula, boleh digantikan dengan inti kacang merah jika anda bukan penggemar inti kelapa.

Resepi kuih ketayap ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Siti Hadirah. Hasil perkongsian beliau, sebanyak 3.3k share di Facebook dan itu telah menunjukkan bahawa kuih ini sangat disukai ramai.

 

RESEPI KUIH KETAYAP INTI PADAT

Kuih ketayap juga sering dijadikan menu kuih muih dimajlis kesyukuran, kenduri kendara dan rumah terbuka. Memandangkan resepinya sangat mudah, apa kata kita hidangkan untuk menu minum petang sekeluarga.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air daun pandan
  • 1 biji telur
  • Secubit garam

*Blend semua bahan hingga sebati.

 

Bahan untuk inti :
  • Kelapa parut
  • Gula merah
  • Gula putih (jangan banyak)
  • Air
  • Daun pandan

CARA PENYEDIAAN KUIH KETAYAP INTI PADAT :

▶️ Masak gula merah, gula putih dengan air sehingga larut. Tapis dulu air gula tadi.

▶️ Kemudian, masukkan kelapa parut dan daun pandan. Masak sehingga airnya kering. Siap untuk inti. Ketepikan.

▶️ Sediakan pan dan sapu dengan sedikit minyak.

▶️ Tuang adunan dan lenggang sedikit untuk leperkan kulit. Tunggu sehingga masak.

▶️ Letak inti atas kulit, kemudian gulung kemas. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Goreng Serai Thai Atau Fried Chicken Lemongrass Thai Yang Paling Sedap. Anda Wajib Cuba!

 

Siap untuk dihidang! Layan je rasanya bila makan kuih ketayap petang-petang dengan kopi o panas. Syok sangat! Makan panas-panas pula tu. Rasa intinya yang manis dan lembab, tak cukup sebiji untuk dimakan.

Original kuih ketayap haruslah berwarna hijau dan berintikan kelapa. Teksturnya lembut dan sesuai dimakan oleh semua peringkat umur. Kalau takde daun pandan, nak gantikan dengan pewarna pun boleh. Tapi aroma daun pandan akan hilang.

Rasa aslinya tak akan dapat dirasai lagi. Lepas ni nak makan kuih ketayap buat je sendiri dirumah. Lagi puas hati! Semoga resepi kuih ketayap inti padat ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open