Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Tuna Croissant Sandwich Yang Ranggup Dan Berongga. Sedap Makan Panas-Panas!
Wow! Sedapnya roti tuna ni. Intinya nampak padat dari beli kat luar. Jom try resepi tuna croissant sandwich yang rangup berongga ni. Makan panas-panas lagi sedap. Dah sejuk pun roti masih rangup dan tetap sedap.
Buat sendiri tuna croissant sandwich ni lagi puas hati. Boleh letak inti banyak-banyak. Confirm inti tu padat boleh rasa dari hujung ke hujung. Yang suka makan sandwich kena cuba resepi ni. Sesuai sangat untuk breakfast.
Croissant sandwich ni ada je jual yang segera punya. Tapi leceh sikit la nak bakar dulu baru nak buat inti. Beli yang dah siap lagi senang. Tinggal sediakan inti je dah boleh sumbat dalam croissant sandwich.
Resepi tuna croissant sandwich ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Aisyah Humaira. Menu ni senang nak hidang pagi-pagi buat breakfast. Mudah je cara penyediaanya.
Sekali sekala menu breakfast ala cafe orang putih, apa salahnya kan. Yang penting perut kenyang. Buat sendiri je tuna croissant sandwich ni kat rumah. Boleh buat banyak. Lagi Jimat dari beli kat luar.
RESEPI TUNA CROISSANT SANDWICH RANGUP BERONGGA
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan tuna croissant sandwich ni. Step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 bungkus roti croissant dipotong 2
- Hirisan timun jepun
- Hirisan tomato
- Salad romaine
- Cupcicum dicincang (kalau suka pedas guna cili padi)
Bahan inti tuna :
- 1 tin tuna mayonis
- 1 tin tuna cilli
- 3-4 sudu besar mayonis
- 4 kepingan cheesedale
CARA PENYEDIAAN TUNA CROISSANT SANDWICH RANGUP BERONGGA :
▶️ Roti croissant dipotong dibahagian tengah tanpa putus.
▶️ Dalam mangkuk, masukkan tuna, mayonis, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, sedikit garam dan gaul rata.

▶️ Sudukan tuna yang telah dibancuh ditengah roti, letakkan cheesedale atasnya dan bakar selama 2 mini tekan menu “airfrayer” dengan suhu 200c.
▶️ Siap dibakar bolehlah isikan sayur kegemaran. Siap!
BACA JUGA : Resepi Cucur Nasi Orang Cina. Makan Macam Ni Pun Dah Sedap Dan Menggenyangkan!
Wah! Dah siap menu breakfast pagi ni. Sandwich ni korang nak hidang makan malam pun boleh ye. Tetap kenyang! Yang penting lagi sihat dari kena makan nasi waktu malam. Sesuai jugak untuk yang nak diet.
Tuna croissant sandwich ni memang sedap! Rotinya garing lepas dibakar. Intinya pulak boleh di buat pedas jika suka. Kat bakery tuna croissant sandwich ni biasanya tak pedas ye. Kebanyakannya perisa original.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Aisyah Humaira kerana sudi berkongsi resepi tuna croissant sandwich yang rangup berongga dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!