Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ayam Rasa Pedas Manis Yang Super Duper Simple. Sekali Cuba Pasti Terpikat! 

0 127

Dah ready nak masak lauk makan malam ke? Jom cuba resepi yang tak pasti lagi apa namanya ni. Tapi, boleh dipanggil sebagai resepi ‘ayam rasa pedas manis’. Resepi ini biasanya menggunakan bahagian ayam yang berisi.

Isi ayam akan digoreng menggunakan tepung jagung. Tapi, nak guna tepung gandung campur tepung beras pun boleh. Tekstur ayam goreng juga tetap crispy. Tak pakai tepung jagung pun takpe.

Nak tahu apa istimewanya resepi ni? Lauk ini lagi disimpan lama, lagi sedap. Biasanya dibuat banyak masa lunch dan lebihannya dimakan masa dinner. Hidangkan dengan nasi putih panas dan sayur campur lagi sedap!

Tak perlu lauk lain lagi. Seperti nama diberi, ayam ini mempunyai rasa yang pedas dan manis. Dimasak dengan minyak bijan. Penggunaan minyak bijan tidaklah wajib, takde minyak bijan nak guna minyak biasa pun boleh.

Resepi ayam rasa pedas manis ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Kalaivani Krishnasamy. Wah! Nampak ramai juga yang teruja dengan masakan yang belum confirm namanya ini.

 

RESEPI AYAM RASA PEDAS MANIS

6.8K like dan 9.6K share! Ramai yang dah tergugat melihat gambar perkongsian beliau di Facebook. Mesti dah ramai tak sabar nak mencubanya. Jom kita lihat bahan masakan yang diperlukan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan perapan ayam :
  • Isi ayam
  • Ginger garlic paste
  • 1 biji Telur putih
  • Lada hitam
  • Sedikit Garam
  • Tepung jagung

 

Bahan tumis :
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • Sedikit bawang putih (dipotong dadu)
  • Halia (dipotong dadu)
  • Minyak bijan/ minyak biasa
  • Cili padi (dipotong) – lagi banyak lagi sedap

 

Bahan lain :
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Sedikit air
  • White pepper
  • 3 sudu makan tepung jagung dengan sedikit air (bancuh untuk pekatkan kuah)
  • bawang besar (dipotong besar)
  • Bijan (disangai)
  • Cili padi hijau (dipotong)
  • Daun bawang (dihiris)

CARA PENYEDIAAN AYAM RASA PEDAS DAN MANIS :

▶️ Perapkan ayam dengan semua bahan perapan dan biarkan seketika.

▶️ Kemudian, goreng dan ketepikan.

▶️ Seterusnya, tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis dengan minyak bijan. Nak guna minyak biasa pun boleh.

▶️ Tambahkan cili padi. Lagi banyak lagi sedap! Tumis sampai layu dan naik bau.

▶️ Masukkan sos cili, kicap manis dan sos tiram Adjust manis dan pedas ikut tekak masing-masing.

▶️ Tambahkan sedikit air. Kuah ikut suka.

▶️ Boleh add white pepper sikit. Kemudian rasa dan sebatikan rasa.

▶️ Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air untuk pekatkan kuah. Tuang dalam masakan.

▶️ Dah start pekat dan kuah mendidih, masukkan ayam yang digoreng tadi.

▶️ Masukkan bawang besar dan bijan yang dah disangai.

▶️ Akhir sekali, hias dengan cili padi hijau dan daun bawang. Kacau sekejap dan sebatikan semuanya. Siap!

 

BACA JUGA: Kebab Gulung Inti Daging Guna Tortilla Wrap. Resepi Simple Dan Mengenyangkan Untuk Dinner!

 

Siap untuk dihidang! Wah aroma masakannya cukup menyelerakan. Warnanya juga menarik selera nak makan. Yang suka dengan masakan pedas manis, bolehlah cuba resepi ni dirumah. Lain dari yang lain rasanya ni.

Musim PKP ni dah ramai yang bijak mempelbagaikan resepi. Mungkin faktor bosan duduk dirumah. Dari main hp 24 jam lebih baik asah skil masak. Perut pun kenyang. Anak-anak dan suami pun senang hati.

Mereka yang dah terjatuh hati melihat perkongsian gambar resepi ini, apa kata cuba dirumah. Confirm nak lagi! Semoga resepi ayam rasa pedas manis ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open