Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Mee Ayam Indonesia Yang Cukup Enak. Tak Perlu Ke Indonesia Untuk Makan Mee Ni, Buat Je Di Rumah!
Pernah cuba resepi mee ayam Indonesia? Mee ayam, mi ayam atau dipanggil sebagai bakmi ayam Indonesia adalah sejenis hidangan biasa dari Asia Tenggara yang terdiri daripada mi gandum kuning yang dihidang bersama ayam dan juga sayur celur.
Ianya juga merupakan masakan cina yang amat biasa dijumpai di Indonesia, Singapura dan Malaysia. Mee ini lebih kurang sama macam mee wantan atau mee kicap. Yang mana ayamnya dimasak bersama kicap manis.
Kalau mee wantan dan mee kicap biasanya dimasak dengan menggunakan minyak bijan atau minyak bawang putih. Tetapi, di Indonesia mee ayam ini dihidang bersama minyak ayam.
Minyak ayam pula biasanya dibuat sendiri dengan menggunakan kulit ayam yang dimasak bersama halia, bawang putih dan sedikit ketumbar. Tapi, nak guna minyak biasa pun boleh.
Apa kata kita ikuti perkongsian resepi Mee ayam Indonesia dari Cik Puan Maya Miera. Memandangkan masih tidak dibenarkan untuk rentas negara. Jadi apa kata, kita buat sendiri je mee ayam ni dirumah.
RESEPI MEE AYAM INDONESIA
Tak perlu pun ke Indonesia untuk makan mee ayam Indonesia ni. Boleh buat je dirumah. Walaupun bukan berada di Indonesia, hasilnya lebih kurang sama dengan rasa mee ayam di Indonesia. Jadi apa tunggu lagi? Jom memasak!
Bahan-bahannyang diperlukan adalah :
- Rangka/ tulang ayam (direbus sejam + kiub ayam seketul)
- 2 helai daun bay
- 3 helai daun limau purut
- 2 batang serai (dititik)
- 6 ulas bawang putih *
- 2 ulas bawang merah *
- Sedikit halia *
- Sedikit lengkuas *
- 2 paha isi ayam (dipotong kecil)
- 2 1/2 senduk kicap abc
- 1 senduk sos tiram
- 1 senduk kicap cair
Bahan untuk sos cili kisar :
- 10-15 cabai melaka merah
- 6 ulas bawang putih
- 1 sudu besar cuka
- 1/2 sudu kecil garam
*Kisar kasar semua bahan dan ketepikan.
Bahan lain :
- Mee/ maggi (dicelur)
- Sayur sawi (dicelur)
- Hiris daun bawang (hiasan)
CARA PENYEDIAAN RESEPI MEE AYAM INDONESIA :
▶️ Rebus rangka atau tulang ayam dengan kiub ayam seketul. Rebus lebih kurang sejam dan ketepikan.
▶️ Untuk masak ayam kicap pula, kisar bahan bertanda*.
▶️ Tumis daun bay, daun limau dan serai.
▶️ Dah naik bau masukkan bahan yang dikisar tadi.
▶️ Masak dalam 10 minit dan masukkan ayam. Kacau rata.
▶️ Ayam dah separuh masak barulah masukkan kicap abc, sos tiram dan kicap cair.
▶️ Masak sehingga agak kering. Siap ayam kicap!
▶️ 1 labu bawang putih dicincang. Kemudian, digoreng sehingga kekuningan. Campurkan sedikit air rebusan ayam tadi. Ketepikan.
▶️ Masukkan mee celur dalam mangkuk. Tuangkan air rebusan ayam, masukkan ayam kicap, bawang putih goreng, sayur sawi celur dan hias dengan daun bawang. Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Cheesekut Paling Senang Dan Sedap. Crackers Saltcheese Tu Boleh Je Gantikan Dengan Crackers Lain!
Wah! Makan panas-panas lagi sedap. Kalau nak pedas, jangan lupa masukkan sos cili yang dikisar tadi. Barulah terangkat dibuatnya! Mudahkan nak buat mee ayam Indonesia ni. Lebih senang buat dirumah dan sesuai sangat dihidang waktu malam.
Air rebusan ayam tu digunakan untuk sup mee ayam. Cukup diperasakan dengan kiub ayam sahaja. Bila dicampur dengan semua lauk ayam kicap, sayur, bawang putih cincang dan sos cili kisar, hasilnya memang menakjubkan!
Kalau ke Indonesia, pasti mee ayam ni menjadi pilihan ramai. Lepas ni tak perlu tunggu untuk ke sana. buat je secara homemade. Keenakannya tetap tak kurang. Semoga resepi mee ayam Indonesia ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!