Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Koci Leleh Tanpa Kukus Yang Mudah Dan Sedap. Confirm Bertambah-Tambah Dibuatnya!

0 5,351

Kuih koci antara kuih tradisional yang sangat ramai penggemarnya. Boleh dijadikan juadah minum petang anda sekeluarga. Memandangkan kuih ini ramai penggemarnya, apa kata kita cuba resepi koci leleh tanpa kukus ini dirumah.

Kuih ini juga diperbuat daripada tepung pulut dan mempunyai inti kelapa manis yang bercampur gula nisan atau gula melaka di dalamnya. Ia kemudiannya, disalut dengan santan sebelum dibalut dengan daun pisang dan dihidangkan.

Manakala teksturnya pula lembik, lembut dan sedikit liat. Sesuai dimakam oleh semua peringkat umur. Di Malaysia, kuih koci sangat popular di kawasan Pantai Timur iaitu di Kelantan dan juga Terengganu.

Selain menggunakan tepung pulut putih, kuih koci juga biasanya dimasak dengan campuran pulut hitam yang dikisar halus. Bila ada kenduri kendara, kuih ini juga tentunya menjadi pilihan untuk dijadikan hidangan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Noriza Awang Hamat kerana sudi berkongsi cara mudah menyediakan kuih koci tanpa kukus ini. Yang pastinya mudah untuk kita menyediakannya dirumah tanpa pengukus.

 

RESEPI KOCI LELEH TANPA KUKUS

Resepi kuih koci kali ini agak berbeza cara masaknya dengan kuih koci kukus. Yang mana kuih koci akan dimasak sama seperti kuih buah Melaka dengan teknik merebus. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaannya.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan Doh :
  • 1/2 paket tepung pulut
  • 1/2 cawan pulut hitam (dikisar halus)
  • Air utk menguli doh secukupnya

 

Bahan inti :
  • Kelapa parut secukupnya (ambil bahagian putih sahaja)
  • Gula melaka
  • Gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1 helai daun pandan (disimpul)

*Masak semua bahan sehingga kering. Kemudian sejukkan. 

 

Bahan dadih santan :
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 sudu makan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Garam secukup rasa
  • Daun pisang secukupnya (dilayurkan terlebih dahulu)

*Satukan semua bahan kecuali daun pisang dan masak guna api perlahan. Bila santan mula mendidih (meletup-letup) angkat dan ketepikan.

CARA PENYEDIAAN KOCI LELEH TANPA KUKUS :

▶️ Satukan tepung pulut dan pulut hitam yang telah dikisar halus tadi.

▶️ Gaul rata uli sehingga menjadi doh yang lembut.

▶️ Bulat-bulatkan doh dan masukkan inti lakukan hingga habis adunan.

▶️ Didihkan air dan rebus doh seperti merebus doh buah melaka. Bila doh terapung angkat dan toskan airnya.

▶️ Kemudian, masukkan doh ke dalam bekas berisi dadih santan.

▶️ Ambil doh bersalut dadih santan dan bungkus menggunakan daun pisang dengan kemas.

▶️ Kuih koci pulut hitam sedia untuk dinikmati.

 

BACA JUGA: Resepi Chicken Salad Yang Teramat Mudah. Sedap Sangat, Samapai Rasa Nak Makan Hari-Hari Je!

 

Mudahkan! Kuih koci ini tidak perlu dikukus kerana doh dan dadih santannya sudah siap dimasak dengan sempurna. Barulah kita tahu, kuih koci juga boleh dimasak rebus sama macam kuih buah Melaka. Menarikkan!

Lepas dah tahu resepi ni, pasti ramai yang ingin mencubanya dirumah. Rasa kuih ini juga agak unik, dimana manis inti kelapa akan diseimbangkan dengan rasa masin santan yang diperisakan dengan garam. Perfect!

Walaupun teknik memasak berbeza, tapi keenakkannya tetap sama. So, lepas ni takde pengukus pun masih boleh buat kuih koci lah kan. Semoga resepi kuih koci tanpa kukus ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open