Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Biskut Bangkit Cheese Homemade Yang Cair Dimulut. Sekali Mengunyah, Confirm Tak Boleh Nak Berhenti Dibuatnya!
Biskut bangkit cheese antara salah satu idea resepi kuih bangkit yang telah dipelbagaikan. Biskut bangkit merupakan kuih tradisional yang sangat disukai ramai. Ianya mempunyai tekstur yang rangup di luar dan cair bila dikunyah.
Kebiasaannya, biskut bangkit akan dibuat bila tiba hari raya. Ianya akan dihidangkan kepada tetamu yang datang. Biskut ini sering menjadi perhatian ramai dan ramai yang menjualnya secara online.
Walaupun tidak menyambut hari raya, tetapi kuih ini memang menjadi kesukaan anak-anak. Dan sering menjadi kudapan mereka dirumah. Rasanya yang manis dan berperisa cheese cukup menarik hati peminat biskut ini.
Resepi biskut bangkit cheese ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Nor Azliza Mohamed. Sudah pasti ramai yang ingin mencuba biskut ini dirumahkan. Buat sendiri dirumah lebih puas hati tau. Buat banyak mana pun boleh.
Yang membuatkan biskut ini rangup diluar adalah penggunaan tepung ubi dan tepung jagung yang disangai. Tujuannya adalah menghilangkan kelembapan dalam tepung. Untuk acuan pula, anda boleh saja menggunakan penutup botol untuk menerapnya.
RESEPI BISKUT BANGKIT CHEESE
Tak ada acuan bunga-bunga bukan alasan untuk kita tak mencuba resepi ini kan? Cara penyediaannya juga sangatlah mudah. Jadi apa kata kita lihat sukatan bahan yang digunakan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :
- 250g buttercup
- 1 cwn gula castor
- 150g cream cheese
- 2 bj kuning telur
- 1 sk esen vanilla
Bahan B :
- 3 cwn tepung ubi kayu (diayak dan sangai dalam 10 minit)
- 2 1/2 cwn tepung jagung (diayak)
- 30g keju cheddar (timbang dan parut halus)
CARA PENYEDIAAN BISKUT BANGKIT CHEESE :
Cara penyediaan bahan A :
▶️ Mix butter dan gula hingga putih berkrim.
▶️ Kemudian, masukkan cream cheese, telur dan esen vanilla. Mixkan hingga sebati.
Cara penyediaan bahan B :
▶️ Masukkan bahan ayak ke dalam adunan A. Uli sampai tak melekat di jari.
▶️ Jika adunan lembik, tambah sedikit demi sedikit tepung ubi kayu.
▶️ Masukkan parutan keju cheddar tadi. Kemudian, uli lagi sehingga semuanya sebati.
▶️ Canai dan terapkan dengan acuan yang anda suka.
▶️ Bakar pada suhu 150 – 160C dalam 30 minit. Biarkan rangup baru best bila dimakan.
BACA JUGA: Resepi Daging Grill Harimau Menangis Dan Sos Ala Thai. Lembut Dan Juicy Rugi Tak Cuba!
Siap! Dah siap nanti rasanya tak sempat nak masuk balang kot, mesti masuk mulut dulu. Kalau jual time raya memang laku keras biskut ni.
Lagi rangup, lagi sedap biskut ni. Bila kunya sekali kekadang tak sedar boleh habis sebalang. Memang ramai peminat biskut ni sehinggakan ada je yang sanggup beli berbalang-balang diluar sana.
Lepas ni boleh buat biskut bangkit cheese homemade dah. Mudah sangat! Semoga perkongsian resepi ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!