Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuih Tako Kelongsong Pandan Untuk Juadah Berbuka Puasa. Mudah Dan Pastinya Sedap!

0 846

Resepi kuih tako atau juga dikenali sebagai kuih takup merupakan kuih tradisional orang melayu. Kuih ini sangat popular dan seringkali dijual bila tiba bulan ramadhan. Kuih tako mempunyai rupa yang sama dengan kuih tepung pelita dan kuih limas.

Sesetengah orang yang cuma mengenali kuih tepung pelita, mesti beranggapan kuih tako juga adalah kuih tepung pelita. Kuih tako menggunakan daun pandan sebagai kelonsongnya manakala tepung pelita dan kuih limas pula menggunakan daun pisang.

Ketiga-tiga kuih ini juga dapat dibezakan melalui bahan yang digunakan. Kuih tako menggunakan tepung jangung, kuih limas pula menggunakan tepung gandum manakala kuih tepung pelita menggunakan tepung beras sebagai bahan utama.

Resepi kuih tako ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Fatin Shafiqah. Nampaknya ramai penggemar kuih ini memberi respond dalam perkongsian beliau. Terbukti kuih ini menjadi kegilaan ramai.

Kuih tako juga mempunyai isi dibahagian lapisan bawahnya yang berwarna hijau seperti sengkuang, jagung atau nangka. Dan masing-masing mempunyai rasa enak yang tersendiri.

 

RESEPI KUIH TAKO

Masuk je bulan ramadhan, pencuci mulut atau kuih yang paling laku keras di bazar ialah 3 jenis kuih yang hampir sama ini. Jadi apa kata anda semua mencuba resepi kuih tako ini dirumah. Jom follow resepi!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  •  Daun Pandan (untuk kelongsong)

 

Bahan bahagian bawah (Hijau) :
  • 8 cwn Air
  • 1 cwn Tapung Jagung (penuh)
  • 1 cwn Gula
  • 1 biji Sengkuang potong dadu (saiz serdahana)
  • Pewarna Hijau

 

Bahan bahagian Atas (Putih) :
  • 2 biji Kelapa Parut Putih (dapatkan 9 cwn air santan)
  • 1 cwn Tepung Jagung
  • 1 cwn Gula
  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN KUIH TAKO :
Cara penyediaan bahagian bawah (Hijau) :

▶️ Satukan kesemua bahan kecuali sengkuang.

▶️ Kacau sehingga sebati kesemua bahan dan buka api serdahana kacau sampai mendidih.

▶️ Kemudian, baru masukkan sengkuang dan tutup api. Letak sengkuang akhir sebab nak bagi dia rasa rangup kriuk kriuk.

▶️ Seterusnya, tuangkan ke dalam kelongsong pandan.

Cara penyediaan bahagian Atas (Putih) :

▶️ Satukan kesemua bahan.

▶️ Kacau sehingga sebati kesemua bahan dan buka api serdahana kacau sampai mendidih. Tutup api dan tuangkan pula dibahagian atasnya. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Telur Dan Tauhu Masak Kicap Cili Hijau. Memang Terangkat Dibuatnya!

 

Mudah je kan! Dah siap nanti boleh sejukkan. Masuk dalam peti dan makan sejuk-sejuk memang sedap sangat. Ikutkan sukatan resepi ni, anda boleh buat lebih kurang 70-80pcs kuih tako tau. Banyak tu!

Banyak pun tak jadi masalah. Apa kata kita bersedekah? Boleh kumpul banyak pahala. Kepada yang gemar sangat kuih ni, apa kata anda mencubanya sendiri dirumah. Confirm puas hati!

Kalau namanya ibu-ibu, bagi je lah apa resepi pun senang je bagi mereka. Nak buka puasa dengan kuih tako tak perlu beli kat bazar lagi. Jom buat sendiri. Semoga resepi kuih tako ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open