Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ikan Masak Sos Yang Mudah Dan Sedap. Makan Dengan Nasi Putih, Boleh Terangkat Dibuatnya!
Nak masak apa hari ni? Jom masak resepi ikan masak sos. Mudah dimasak dan sedap dimakan. Ikan perlu digoreng terlebih dahulu sebelum dimasak dengan kuah sos. Anda juga boleh menggunakan apa saja jenis ikan yang anda suka.
Bahan yang digunakan dalam penyediaan resepi ini sangat mudah diperolehi. Cuma perlu menggunakan bahan asas memasak yang ada didapur anda sahaja. Seperti bawang, halia, cili padi, sos dan juga perasa.
Ikan masak sos ni boleh dimasak pedas dan boleh juga tidak. Untuk dihidangkan pada anak-anak, anda sebagai ibu kena mengalah untuk tidak menggunakan cili yang banyak. Untuk diri sendiri dan suami boleh follow resepi ini sepenuhnya.
Seperti biasa, ikan yang digunakan dalam masakan ini perlulah fresh. Barulah rasa manis ikan tu bila dimakan. Perkongsian ikan masak sos yang simple ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Cik Puan Sarah melalui laman facebooknya.
Menu ini sesuai dimasak pada bila-bila masa sahaja. Bukan untuk lauk makan tengahari ataupun malam, boleh juga dijadikan masakan bila ada kenduri kendara. Yang pastinya menu ini boleh buat anda bertambah nasi.
RESEPI IKAN MASAK SOS
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita kedapur dan lihat bahan-bahan memasak. Kalau dah ada, bolehlah terus memasak. Jom lihat cara penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan kisar halus :
- Bawang merah
- Bawang putih
- Bawang besar
- Halia
Bahan kisar kering :
- Cili padi
Bahan lain :
- Ikan (bersihkan dan goreng)
- Sos cili
- Sos tiram
- Gula
- Garam
- Cili kisar
Bahan hiasan :
- Bawang besar (dihiris kasar)
- Tomato kecil (dipotong 2)
- Carrot (dipotong kasar)
CARA PENYEDIAAN IKAN MASAK SOS :
▶️ Goreng ikan seperti biasa dengan menggunakan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga garing, angkat, tos dan ketepikan dahulu.
▶️ Tumis semua bahan yang dikisar halus tadi. Dan masak sampai kering.
▶️ Dah kering masukkan sos cili, sos tiram, cili kisar dan cili padi yang dikisar kasar tadi.
▶️ Masukkan carrot dan bawang besar.
▶️ Masukkan air dan kacau. Biarkan kering sedikit. Jangan lupa perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
▶️ Masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
▶️ Masukkan pula tomato dan masak sampai pecah minyak.
▶️ Kacau sebati semua dan siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Puding Kaca Kelapa Yang Cantik Menawan Hati. Pencuci Mulut Buat Tetamu Dimajlis Keramaian!
Lauk ikan masak sos kita dah pun siap! Kalau dah terasa bosan dengan ikan masak goreng biasa, apa kata anda cuba resepi ini. Pasti buat anda puas hati! Siap boleh buat bekalan ketempat kerja lagi. Sebab cara memasaknya sangatlah mudah.
Dengan musim covid macam ni, kita semua kena beringat untuk sentiasa berjaga-jaga bila berada diluar sana. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang bekerja, disarankan untuk masak dan membawa bekalan sendiri dari rumah.
Google je resepi simple macam ikan masak sos ni, yang mudah dimasak waktu pagi. Anda pun tak perlu keluar membeli makanan dan cuma pergi dan balik ke tempat kerja sahaja. Semoga ianya bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!