Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Mudah Buat Bun Homemade Yang Lembut Macam Kedai Bakeri. Rasa Moist Je Atasnya Bila Diletak Butter!
Anak-anak suka makan bun? Jangan bimbang, jom ikuti resepi bun homemade yang lembut macam kedai bakeri. Bahagian atasnya juga diletakkan butter supaya terasa moist bila dimakan.
Sukatan yang digunakan dalam penyediaan bun ini cuma menggunakan sukatan cawan sahaja. Dan kepada mereka yang tidak biasa membuat bun secara homemade, ikuti sahaja resepi yang dikongsikan ini pasti menjadi.
Teksturnya yang lembut bila digigit dan dicarik membuatkan ia satu kudapan yang pasti disukai ramai. Bila terasa bosan nak makan roti gardenia yang dicampur jem dan coklat, apa kata anda mencuba resepi bun ini.
Ianya sangat sesuai dijadikan menu sarapan pagi anak-anak ataupun kudapan minum petang bersama keluarga. Dapat pula celup bun ni dengan kopi o panas macam zaman kecil kita dulu. Seronok sangat.
Memandangkan sekarang musim cuti sekolah, dan anak-anak ada dirumah 24 jam. Pasti ibu-ibu buntu mencari idea kudapan buat anak-anak. Jom, kita cuba resepi bun lembut yang dikongsikan oleh Cik Puan Ikaa Rejab.
RESEPI BUN HOMEMADE YANG LEMBUT
Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi ini difacebook. Semoga ianya bermanfaat buat semua. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat bagaimana cara penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Yis (sepaket)
- 1/4 cwn Gula
- 1/2 cwn Air suam
- 4 1/2 cwn Tepung
- 1/2 cwn Susu fresh cream
- 1 1/2 tsp Garam
- 50gm melted Butter
- 2 biji Telur (dipukul)
CARA BUAT BUN HOMEMADE YANG LEMBUT :
▶️ Masukkan yis, 2 tsp gula, air suam dalam mangkuk dan biarkan 5 minit sampai naik kembang.
▶️ Dalam mangkuk lain campur semua bahan iaitu tepung, balance gula, susu, garam, butter dan yis yang dah kembang. Gaul dan uli sehingga menjadi doh. Rehatkan selama 1 jam setengah.
▶️ Bila doh dah naik, bentukkan bulat-bulat dalam tray yang dah disapu butter. Biarkan berjarak sebab ia akan kembang lagi.
▶️ Rehat selama 30 minit. Bila dah kembang dan bersentuhan antara satu sama lain, boleh masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 200C selama 20 minit.
▶️ Agak-agak dah keperangan tu maksudnya dah masak.
▶️ Terakhir sekali, sapukan butter untuk bagi bun lebih sedap. Siap!
BACA JUGA: Resepi Ikan Masak Sos Yang Mudah Dan Sedap. Makan Dengan Nasi Putih, Boleh Terangkat Dibuatnya!
Siap untuk dihidang buat keluarga tersayang. Tak perlu beli diluar lagi, buat secara homemade pasti buat anda lebih puas hati. Musim PKP ni pasti ramai yang dah bertukar kerja menjadi chef dirumah kan.
Bukan saja berkongsi resepi difacebook, tapi ada juga yang beranikan diri membuatkan content masakan di youtube untuk menjana pendapatan. Siapa kata duduk rumah tak boleh cari pendapatan kan.
Bun boleh diperlbagaikan toppingnya seperti sapukan butter dan taburan gula, chicken floss dan macam-macam lagi. Semuanya mempunyai keenakan tersendiri. Semoga resepi bun homemade yang lembut ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!