Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Bosan Dengan Harimau Menangis, Cuba Buat Ayam Meraung Ni! Sos Dia Paling Padu.

0 8,288

Biasa dengar harimau menangis sahaja, tapi belum pernah menu masakan ayam menangis meraung! Nak gambarkan betapa sedap dan pedasnya masakan ayam yang satu ini.

Selalunya, kalau ada ayam dalam peti dan buat untuk juadah makan tengah hari atau malam, sudah pasti ayam goreng, ayam masak merah, gulai ayam yang menjadi pilihan kita kan. Kadang-kadang nak boring dibuatnya.

Sesekali, boleh cuba buat resepi baru untuk seluruh keluarga. Terutama yang memang suka makan pedas, mesti akan suka makan ayam menangis meraung ni.

Bukan sahaja perapan ayam yang kena sedap, tapi sos ayam ni pun mestilah padu rasa dia. Barulah boleh hasilkan gabungan ayam yang sedap dan marvellous.

Resepi ayam menangis meraung ni, saya jumpa di laman facebook. Kepada pemilik resepi Cik Puan Sarina Seman, saya doakan semoga dipermudahkan urusan dan terima kasih atas kesudian berkongsi resepi sedap ini.

 

RESEPI AYAM MENANGIS MERAUNG

Menurut beliau, resepi ni diinspirasikan daripada daging harimau menangis tapi diolah menjadi ayam menangis meraung kerana permintaan di rumah beliau. Hehe

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Ayam ( bahagaian peha dan betis – dibuang tulang)
  • Akar ketumbar
  • Bawang putih
  • Gula perang
  • Sos ikan
  • Kicap pekat
  • Lada sulah
  • Lada hitam
  • Minyak

 

CARA PENYEDIAAN AYAM MENANGIS MERAUNG :

▶ Basuh semua bahan dan masukkan dalam blender.

▶ Kisar sehingga hancur dan lumat.

▶ Basuh ayam bersih-bersih dan toskan seketika.

▶ Lumur bahan yang kita kisar tadi pada ayam atau daging yang kita nak bakar. Pastikan semua tempat terkena bahan perapan ya.

▶ Seterusnya perap lebih kurang selama 3 jam atau semalaman. Nak lebih sedap, perapkan dalam chiller.

▶ 30 minit sebelum nak masak, keluarkan daripada chiller.

Panaskan non stick pan, oles minyak sedikit dan bakar dengan api yang kecil. Supaya dapat pastikan ayam kita betul-betul masak sempurna.

BACA JUGA: Cara Buat Kebab Daging Arab Menggunakan Daging Ramly. Sedap Dan Padu!

Nak makan ayam menangis ni kena sesuai dengan sosnya. Bukan sos cili yang ada di dapur kita sahaja. Jadi, kena buat sendiri sos nya. Follow resepi di bawah ye.

 

Bahan-bahan yang digunakan untuk sos adalah :
  • Sos ikan
  • Air asam jawa
  • Perahan limau nipis
  • Gula kabung / nisan Thai
  • Serbuk Cili kasar
  • Beras goreng

 

CINCANG :
  • Daun ketumbar
  • Akar ketumbar
  • Cili padi
  • Bawang merah
  • Bawang putih

 

CARA PENYEDIAAN SOS :

▶ Gabungkan semua bahan dalam satu bekas.

▶ Kacau supaya sos kita rasa sekata

▶ Jika suka extra masam, boleh lebihkan perahan limau.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Gabungan ayam yang dibakar hasil bahan perapan yang kita gunakan tu, ditambah pula dengan sos homemade yang kita buat ni, lengkap rasa pedas dan manis dia. Kalau senang macam ni nak buat dia, bolehlah kerap buat selalu.

Dalam masa yang sama, dapat pelbagaikan resepi menu dari kebiasaan kan. Sos tub oleh buat banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, boleh terus guna.

Senang nak nak buat masakan ayam menangis meraung ni. Jangan lupa sharekan supaya lebih ramai yang mendapat manfaat. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open