Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Puding Kaca Kelapa Yang Cantik Menawan Hati. Pencuci Mulut Buat Tetamu Dimajlis Keramaian!

0 2,808

Kali ini percubaan untuk membuat resepi puding kaca kelapa yang cukup cantik teksturnya. Ianya dikatakan puding kaca kerana bahagian tengah puding yang berwarna putih jernih dan memperlihatkan isi kelapa dibahagian dalamnya. 

Cukup cantik secara fizikalnya dan sangat sesuai dijadikan dessert bila adanya rumah terbuka atau majlis keramaian. Terdapat juga pelbagai jenis puding yang sedap seperti puding caremal, vanila, coklat, puding buah dan macam-macam lagi.

Rasa puding kaca kelapa ini pastinya sedap kerana adanya rasa lemak santan dan susu fresh dan digabungkan pula dengan isi kelapa mudah. Bahan utama dalam penyediaan puding ini adalah agar agar dan isi kelapa muda.

Warna puding ini boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa anda. Boleh menggunakan warna hijau, pink dan macam-macam lagi. Dan seperti yang kita tahu, apa saja jenis puding wajib disimpan didalam peti terlebih dahulu sebelum dimakan.

Makan sejuk-sejuk lebih puas hati. Terasa lega je bila lalu ditekak. Lebih-lebih lagi cuaca sekarang ni asyik panas je. Jom kita ikuti resepi puding kaca kelapa yang dikongsikan oleh Cik Puan Nor Al Fatihah difacebooknya.

 

RESEPI PUDING KACA KELAPA

Bermacam-macam resepi puding yang ada diblog ini yang anda boleh cuba. Tapi kali ini, jom kita follow resepi puding kaca kelapa pula. Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dalam bagaimana cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan lapisan agar agar kelapa :
  • 10gm/ 1 paket serbuk agar agar plain
  • 2 1/2 cwn air kelapa muda (1 biji kelapa)
  • 3/4 cwn gula
  • 1 biji isi kelapa muda/ 1 cwn kelapa muda yang diparut panjang
  • 1 sudu teh selasih (direndam dalam air panas hingga kembang dan toskan)

 

Bahan lapisan agar agar santan :
  • 10gm/ 1 paket serbuk agar agar plain
  • 2 cwn santan pekat
  • 3 sudu bsr air kelapa muda (optional)
  • 1 3/4 cwn air biasa
  • 3/4 cwn gula
  • Secubit garam
  • 2 helai daun pandan (disimpulkan)
  • Sedikit pewarna hijau

CARA PENYEDIAAN PUDING KACA KELAPA :
Lapisan agar agar kelapa :

▶️ Satukan agar agar dan air kelapa. Kemudian, masak di atas api hingga mendidih dan tutup api.

▶️ Campur isi kelapa dan selasih yang telah ditoskan tadi ke dalam agar agar. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan.

▶️ Simpan di dalam peti ais selama 1-2 jam hingga keras.

 

Lapisan agar agar santan (hijau) :

▶️ Satukan semua bahan agar agar santan dan masak di atas api hingga mendidih. Tutup api dan buang daun pandan.

▶️ Keluarkan agar agar kelapa yang telah keras tadi daripada acuan.

▶️ Cara mudah untuk keluarkannya, cucuk sebatang pencungkil gigi di tepi kiri dan kanan agar agar supaya ia menjadi renggang daripada acuan dan terbalikkan atas pinggan. Ketepikan dahulu.

▶️ Tuang pula agar agar santan hingga 1/4 daripada acuan yang sama yang digunakan untuk agar agar kelapa tadi. Biarkan selama 2-3 minit.

▶️ Kemudian, ambil agar agar kelapa dan tindihkan di atasnya.

▶️ Selepas itu, tuang agar agar santan semula hingga menutupi keseluruhan agar agar kelapa tadi.

▶️ Simpan di dalam peti ais selama 2-3 jam sehingga keras.

▶️ Keluarkan daripada acuan. Caranya sama seperti keluarkan agar agar kelapa tadi. Bolehlah di potong dan dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Nasi Dagang Bersama Gulai Ikan Tongkol Yang Cukup Sedap. Menjilat Jari Dibuatnya!

 

Siap untuk dihidang buat keluarga tersayang. Confirm rasa teruja bila dah siap buat puding ni. Bila ianya dipotong, bahagian seakan cermin itu akan kelihatan cantik dan menarik.

Pasti ramai yang ada masa terluang sekarang ni. Dan terasa asyik nak makan je. Kalau dah tak ada idea sangat, boleh cuba pelbagai resepi yang ada dalam blog ini untuk dijadikan rujukan anda.

Kebiasaannya, bila bulan ramadhan pasti puding akan menjadi salah satu hidangan pencuci mulut kita. Tapi, walaupun bukan ramadhan anda boleh saja menyediakannya bila-bila masa. Semoga resepi puding kaca kelapa ini bermanfaat. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open