Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ayam Geprek Berempah Extra Spicy. Memang Terangkat Dibuatnya, Sedap Sangat!

0 83

Ayam geprek merupakan inspirasi masakan yang asalnya dari negara jiran iaitu Indonesia. Memadangkan resepi ini sangat digemari ramai, apa kata kita ikuti perkongsian resepi ayam geprek berempah extra spicy disini hari ini.

Ayam merupakan bahan utama dalam penyediaan menu sedap ini. Yang mana ayam akan diperap dengan beberapa bahan rempah dan digoreng garing dengan salutan tepung gandum dan tepung jagung.

Ayam geprek biasanya akan dihidang dengan nasi putih panas. Dimana hidangan ayam geprek dan nasi putih ini tidak akan sempurna tanpa sambal geprek yang pedas. Sambal geprek yang sedap boleh ditumis atau dicampur dengan minyak panas.

Dan semakin lama sambal ditumis, maka semakin pedas dan menyengatlah rasanya. Ayam yang siap digoreng nanti akan diketuk sama seperti ayam penyek. Cuma cara penyediaan ayam geprek lebih mudah dari ayam penyek.

Ayam yang ditumbuk akan disalutkan dengan sambal gaprek pedas ikut kuantiti yang kita suka. Confirm berasap telinga dibuatnya! Tak nak buang masa lagi, apa kata kita ikuti perkongsian resepi ayam geprek dari Cik Puan Puteri Hana Sofia ini.

 

RESEPI AYAM GEPREK BEREMPAH EXTRA SPICY

Pasti sudah ramai yang tak sabar nak tahu, bagaimana cara penyediaan lauk sedap ini. Kepada mereka yang suka dengan hidangan pedas, sangat dialu-alukan mencuba resepi ini. Jom masak!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk sambal geprek : 
  • 15 btg Cili padi
  • 2 btg Cili besar
  • 3 biji Bawang putih
  • 6 biji Kacang gajus (ikut selera masing-masing)
  • Olive oil
  • Tauhu
  • Gula
  • Garam
  • Timun

*Grill cili padi, cili besar, bawang putih dan kacang gajus terlebih dahulu dan ketepikan.

 

Bahan untuk ayam berempah :
  • 1 sudu kecil ketumbar
  • 1 sudu kecil gula
  • secubit garam
  • 1/2 inci halia
  • 3 helai cili kering
  • 1 sudu kecil jintan
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil tepung jagung*
  • 1 sudu kecil tepung gandum*

CARA PENYEDIAAN AYAM GEPREK :

▶️ Blend semua bahan diatas kecuali tepung gandum dan tepung jagung.

▶️ Campurkan bahan kisar dengan tepung dan perap ayam dalam 30 minit sebelum digoreng.

▶️ Goreng ayam dengan minyak yang panas sehingga betul-betul masak dan kekuningan.

Cara penyediaan sambal geprek :

▶️ Dalam batu lesung, masukkan cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih.

▶️ Tumbuk lumat semua bahan.

▶️ Masukkan cili besar, gula dan garam secukup rasa.

▶️ Masukkan pula minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Direct dari kuali lagi bagus. Supaya sambal tu masak sikit. Takde lah mentah sangat. Perut pun tak pedih. Kemudian, gaul rata.

▶️ Masukkan ayam berempah yang dah digoreng tadi. Geprek kan ayam tersebut bersama dengan sambal. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Cucur Balak Utara Yang Simple Dan Mudah Dibuat. Makan Dengan Kuah Kacang Lagi Sedap!

 

Boleh dimakan bersama nasi putih panas-panas, timun dan tauhu goreng. Timun dan tauhu goreng hanya bahan tambahan jika anda suka. Wah! Merah menyala sambal geprek ni. Memang extra spicy rasanya!

Sambal yang ditumis sudah pasti lebih pedas dan menyengat. Lebihan sambal geprek boleh disimpan dalam peti. Ianya bersifat tahan lama. Sambal geprek juga boleh dihidang dengan lauk lain seperti ikan goreng, daging goreng dan macam-macam lagi.

Lepas dah tahu resepi ayam geprek ni, mesti dah tak beli kat luar lagi kan. Ramai juga peniaga yang menjual ayam geprek ni. Semoga resepi ayam geprek berempah extra spicy ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open