Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Udang Kam Heong Yang Beraroma, Sedap Dan Berempah. Confirm Licin Pinggang Dibuatnya!
Nah, ni dia resepi udang kam heong untuk korang. Simple je cara masak lauk ni. Sebelum ni mesti korang pernah nampak resepi ayam masak kam heong kan. Kali ni kita nak bertukar selera pulak. Dari ayam kepada udang. Memang sedap weh!
Masak kam heong ni menggunakan serbuk kari dan daun kari. Korang yang gemar dengan masakan yang berasaskan kari, boleh try buat lauk ni kat rumah. Pastikan korang guna udang yang fresh ye. Takde la spoil nak makan nanti.
Sekali pandang masak kam heong ni seakan-akan hidangan masak merah pun ada. Memang sedap! Makan lauk udang kam heong ni dengan nasi putih panas-panas confirm terangkat la dibuatnya. Sesuai buat lauk makan tengahari dan malam.
Resepi udang kam heong ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Tyna Shamsuddin. Tak guna banyak bahan memasak. Lauk ni sangat simple tapi rasanya sangat menyelerakan. Puas hati tau makan udang masak kam heong ni.
Selain ayam dan udang, masak kam heong jugak boleh dipelbagaikan. Contohnya menggunakan ketam. Yang suka makan seafood boleh try masak kam heong pulak lepas ni. Confirm sedap dan bertambah-tambah nasi dibuatnya.
RESEPI UDANG KAM HEONG
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan udang masak kam heong ni. Bahan-bahan dan step memasaknya seperti di bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 labu bawang besar (1/2 cincang, 1/2 potong)
- 10 biji cili api hijau & merah
- Daun kari
Mangkuk 1 :
- 2sb sos tiram
- 2sb sos cili
- 2sb sos tomato
- 2sb kicap manis
Mangkuk 2 :
- 3 sudu serbuk kari (bancuh dengan sedikit air)
CARA PENYEDIAAN UDANG KAM HEONG :
▶️ Udang digoreng dengan serbuk kunyit & garam.
▶️ Mula-mula tumis semua bawang besar & bawang putih sehingga naik bau.
▶️ Masukkan daun kari & bancuhan serbuk kari, kacau sehingga garing.
▶️ Masukkan campuran sos tadi & kacau.
▶️ Perasakan dengan gula & garam.
▶️ Akhir sekali, baru masukkan udang & cili padi.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Red Pearl Cookies Yang Merelap Relip. Confirm Sedap Dan Nak Buat Raya Nanti!
Siapa pernah nampak sis shiela rusly masak lauk ni. Fuh! Nampak menyelerakan kan. Time tu jugak aku terliur nak makan. Lauk ni kalau hidang kat family confirm makan sampai licin pinggan. Bau wangi dan lengkap dengan rasa pedas dan berempah.
Masak kam heong ni merupakan menu chinese style muslim yang ramai penggemarnya. Simple tapi sedap di makan dengan nasi putih panas-panas. Susah jumpa kat kedai makan Melayu lauk ni. Kalau nak makan, kena la korang masak sendiri kat rumah.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Tyna Shamsuddin kerana sudi berkongsi resepi udang kam heong yang wangi, sedap dan berempah ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!