Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Jus Rambutan Yang Fresh Dan Sedap. Nyaman Sungguh Bila Minum Sejuk-Sejuk!
Memandangkan sekarang musim buah, tentu pokok rambutan pun banyak buahnya. Kalau dah tak tahu nak buat apa dengan buah rambutan yang banyak belakang rumah tu, bolehlah cuba buat jus rambutan. Syok sangat minum musim panas-panas ni.
Bahan yang digunakan dalam penyediaan jus rambutan ini tidaklah terlalu banyak, cuma memerlukan isi buah rambutan, perahan limau nipis, gula, air dan juga ais. Jus ini juga boleh ditambah dengan daun pudina ikut citarasa masing-masing.
Siapa yang tak suka minum jus buah yang fresh kan. Lebih-lebih lagi bila jus tu dihidang sejuk dengan ais. Wah! Rasa nyaman bila lalu kat tekak. Untuk penggunaan limau pula boleh digantikkan dengan limau kasturi sebab baunya akan lebih wangi.
Rasanya lebih sedap berbanding jus yang menggunakan pati atau air rambutan tin. Memandangkan cara penyediaannya sangatlah mudah, apa kata kita follow cara yang dikongsikan oleh Cik Puan Azizah Ibrahim. Pasti puas hati dengan hasilnya!
Lepas ni takde lah buah rambutan belakang rumah tu rosak. Yang takde buah rambutan belakang rumah, boleh beli buah rambutan balik kerja nanti. Ramai sangat peniaga kecil yang menjualnya di tepi jalan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Isi rambutan
- Air perahan limau nipis (nak sedap pakai limau kasturi sebab lagi wangi )
- Gula secukup rasa
- Daun pudina (Optional)
- Ais
- Air kosong
CARA PENYEDIAAN JUS RAMBUTAN :
▶️ Air perahan limau nipis dibancuh dengan gula dan air.
▶️ Letakkan isi rambutan dan daun pudina. Masukkan ke dalam peti sejuk sekejap.
▶️ Setelah itu, masukkan bancuhan tadi ke dalam gelas.
▶️ Kemudian, masukkan ais dan hidangkan.
BACA JUGA: Resepi Ayam Geprek Berempah Extra Spicy. Memang Terangkat Dibuatnya, Sedap Sangat!
Siap untuk dihidang sejuk-sejuk! Seronok sungguh anak-anak dapat just fresh macam ni. Siap buat stok dalam peti lagi. Bila-bila nak minum, buka je peti dah ada yang dah siap untuk diminum. Nak letak asam boi dan biji selasih pun boleh. Sedap tau!
Banyak lagi buah yang boleh dibuat jus. Contohnya manggis, mangga, tembikai dan macam-macam lagi lah. Anda boleh juga mencuba resepi jus lain yang anda suka. Tapi sebelum tu kena layan jus rambutan dulu. Memang tak menyesal mencubanya!
Musim buah ni lah kita kena makan buah sebanyak yang mungkin. Baik juga untuk kesihatan. Musim covid ni, vitamin sangat diperlukan untuk tubuh kita. Semoga resepi jus rambutan yang fresh dan sedap ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!