Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Cucur Balak Utara Yang Simple Dan Mudah Dibuat. Makan Dengan Kuah Kacang Lagi Sedap!

0 3,150

Jom melenggang buat cucuq balak. Kalau takde idea nak buat hidangan minum petang, boleh sangatlah cuba resepi ni. Makan dengan kuah kacang sedap tau. Resepi cucur balak atau kuih balak ini asalnya dari utara dan ramai sangat penggemarnya.

Cara penyediaan kuih ini sama seperti kuih ketayap. Tapi digoreng semula selepas digulung. Akan dihidang dengan kuah kacang. Yang makan kebiasaanya, bahagian atasnya yang dibelah sedikit dan akan disumbat dengan kuah kacang.

Resepi ini juga mudah dibuat. Hanya perlu blend semua bahan untuk bancuhan tepung dan masak dengan menggunkan teknik melenggang. Biasanya kuih balak ini akan dicampur dengan daun kucai yang dipotong kecil.

Selepas bancuhan tepung tersedia, daun kucai yang dipotong kecil tadi akan dicampur dan digaul dalam bancuhan tepung. Barulah dimasak atas kuali sama seperti masak kuih ketayap. Teknik menggulungnya juga sama.

Resepi cucur balak ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Hafsah Romli. Bukan sahaja orang utara, tapi mereka yang pernah berkunjung ke utara, pastinya telah jatuh hati dengan kuih ini.

 

RESEPI CUCUR BALAK

Bahan-bahan yang digunakan juga tidak renyah untuk diperolehi. Kebanyakkannya adalah bahan yang mungkin sudah tersedia di dapur anda. Jadi kalau semua bahan dah ada, apa kata kita mula memasak.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air
  • Sedikit Udang kering
  • Sebiji telur
  • 3 sudu kecil minyak
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit daun kucai (dipotong pendek)

CARA PENYEDIAAN CUCUR BALAK :

▶️ Satukan tepung, udang kering, telur, minyak, garam dan serbuk kunyit. Blend semua bahan sehingga sebati dan halus.

▶️ Seterusnya, tapis bahan kisar tadi untuk elak tekstur berketul-ketul.

▶️ Masukkan daun kucai yang dipotong pendek tadi.

▶️ Masak dalam pan dan biarkan sehingga boleh digulung. Gulung seperti kuih ketayap.

▶️ Dah siap semuanya, gorengkan cucur sampai agak keperangan. Dah agak perang bolehlah diangkat.

 

BACA JUGA: Cara Masak Nasi Goreng Kampung Yang Simple Dan Cukup Menyelerakan. Mesti Nak Lagi!

 

Siap untuk dihidang bersama kuah kacang! Kalau malas nak buat kuah kacang, beli je yang segera kan senang. Tapi nak dapat cucur balak segera memang tak dapat. Kena buat sendiri juga.

Cara penyediaan cucur balak ini memang lain dari yang lain. Walaupun dimasak dua kali, tapi rasanya dan keenakannya pasti buat anda nak lagi. Tak susah pun kan. Nak buat setiap hari pun boleh.

Lebihan kuah kacang makan sate semalam pun boleh dipanaskan dan dihidang dengan cucur balak diwaktu pagi. Takdelah terbuang dan membazir. Semoga resepi cucur balak ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open