Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Masak Nasi Goreng Kampung Yang Simple Dan Cukup Menyelerakan. Mesti Nak Lagi!

0 1,662

Siapa kat sini penggemar nasi goreng kampung? Mestilah ramai penggemarnya kan. Kalau makan kat kedai, nasi goreng kampung juga antara menu yang sering menjadi perhatian ramai. Siap order nasi goreng kampung, telur mata goyang lagi!

Nasi goreng juga sesuai dihidang bila-bila masa. Tak kira siang ataupun malam. Kalau ada lebihan nasi makan tengahari, boleh juga dibuat nasi goreng kampung malamnya. Dapatlah fefeeling makan malam kat kedai kan.

Lebihan nasi waktu malam pula, boleh dijadikan nasi goreng untuk sarapan pagi. Nasi goreng kampung sangat terkenal dihidang dengan campuran bahan seperti kangkung, ikan bilis, belacan dan juga cili api.

Rasanya juga sedikit pedas. Kalau tak pedas tak syok juga kan. Tapi tahap kepedasannya boleh dikawal dengan mengurangkan penggunaan cili. Nasi goreng kampung juga mudah dibuat dan sungguh enak dimakan.

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita ikuti perkongsian resepi nasi goreng kampung yang dikongsikan oleh Cik Puan Hawa Aziz. Confirm puas hati! Keenakannya juga tak kurang sama macam makan kat kedai.

 

RESEPI NASI GORENG KAMPUNG

Nak tahu macam mana nak masak nasi goreng sedap? Kena follow resepi ni sampai habis. Ada tips yang beliau akan kongsikan kepada kita semua. Jom sediakan bahan-bahan memasak!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan tumbuk :
  • 2 biji Bawang besar
  • 5 ulas Bawang putih
  • Belacan
  • Sedikit ikan bilis
  • 10 tangkal Cili api (lagi pedas lagi sedap)

 

Bahan untuk nasi :
  • 6 cawan Nasi
  • 5 biji telur
  • 1 ikat kangkung
  • Ikan bilis (digoreng)
  • Minyak untuk menumis

CARA PENYEDIAAN NASI GORENG KAMPUNG :

▶️ Tumbuk kesemua bahan iaitu bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis.

▶️ Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi.

▶️ Bila bahan tumbuk tadi dah naik bau, masukkan telur dan biarkan agak garing sebelum dikacau.

▶️ Bila telur dah agak nak garing, kacaukan sehingga sebati. Masa ni kalau nak masukkan garam dah boleh ye.

▶️ Kemudian, masukkan nasi dan gaul sebati.

▶️ Masukkan kangkung dan gaulkan kesemua bahan.

▶️ Tips nak nasi goreng sedap, gorengkan dengan api yang kuat.

▶️ Untuk ikan bilis goreng pula, pastikan basuh bersih ikan bilis dan tos kan.

▶️ Kemudian, goreng sehingga garing dan taburkan diatas nasi goreng kampung.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Cara Buat Roti Sarang Burung Cheese Yang Dibakar Guna Air Fryer. Sesuai Sangat Untuk Breakfast Anak-Anak!

 

Okay nasi goreng kita dah pun siap! Tips nak ikan bilis garing adalah masa mula-mula nak goreng tu, pastikan minyak betul-betul panas. Selepas tu perlahankan api dan sentiasa kacau untuk ikan bilis masak sekata.

Kalau nak tahu ikan bilis ni dah masak ke belum, tunggu sampai minyak habis berdesir bermaksud ikan bilis dah masak. Untuk tips nasi goreng sedap pula, pastikan masak dengan api yang kuat. Masak guna api besar macam kat kedai tu.

Seronoklah dapat makan nasi goreng kampung yang ada kangkung dan ikan bilis lebih ni. Puas hati nak makan! Makan dengan sambal belacan lagi power. Semoga resepi nasi goreng kampung ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open