Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Popia Susu Guna 3 Bahan Je. Mudah, Sedap Dan Anak-Anak Pun Suka!

0 11,587

Siapa pernah cuba resepi popia susu? Popia susu antara kuih ataupun biskut yang akan menjadi pilihan bila menjelang hari raya. Memandangkan tahun ini kita tak dapat beraya seperti biasa, apa kata kita buat sesaja untuk kudapan sambil tengok tv dirumah.

Resepi popia susu ini cuma menggunakan 3 bahan sahaja iaitu kulit popia, susu tepung dan juga gula kastor. Kulit popia akan digulung dan digoreng sebelum disalut dengan susu tepung yang dicampur gula kastor.

Popia susu antara kuih yang menjadi kegemaran anak-anak bila datang berkunjung kerumah-rumah dihari raya. Sangat mudah dihasilkan. Teknik mudah adalah gulung kulit popia dan guntingkan saja ikut saiz yang anda suka.

Tak perlu buat satu-satu leceh jadinya. Apa kata anda semua follow cara penyediaan popia susu yang dikongsikan oleh Cik Puan Mala Mansor. Mudah dan pasti anda akan ulang lagi resepi ini lagi.

Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi ini di Facebook. Bolehlah digunakan ibu-ibu untuk membuat kudapan anak-anak sepanjang cuti sekolah ini.

 

RESEPI POPIA SUSU 3 BAHAN

Pelbagai resepi yang boleh dibuat menggunakan kulit popia. Selain daripada popia susu, popia juga boleh disalut dengan pelbagai perisa contohnya nestum, horlick, kacang dhal, kacang hijau dan macam-macam lagi.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Kulit popia saiz kecil
  • 1/2 gelas Susu tepung
  • 1/2 gelas Gula kastor

CARA PENYEDIAAN POPIA SUSU 3 BAHAN :

▶️ Gulung kulit popia dan lekatkan keliling kulit tu guna telur. Kemudian, potong ikut saiz yang anda suka.

▶️ Jemur sekejap atau masukkan dalam oven lebih kurang 5 minit untuk merangupkan dan mengeringkan kulit popia sebelum digoreng.

▶️ Goreng dengan api yang kecil hingga kekuningan. Angkat dan biar sejuk.

▶️ Dalam satu bekas, campur susu dan gula kastor. Sukatan gula tu boleh dikurangkan ikut citarasa anda.

▶️ Gaul popia yang dah digoreng dalam campuran susu dan gula kastor. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Kicap Serai Yang Sedap Hingga Menjilat Jari. Dah Bosan Ayam Kicap Biasa Boleh Cuba Resepi Ni Pulak! 

 

Dah salut semua popia susu tu bolehlah dimasukkan dalam balang. Takut masuk semut pula nanti. Setengah jam je dah lesap kalau bagi kat anak-anak. Elok buat banyak terus, sebab memang sedap.

Penggunaan gula kastor juga boleh dikurangkan. Palau takut manis sangat untuk anak-anak, anda boleh kurangkan ikut kesesuaian. Kalau dah ada kulit popia kat rumah tu, apa tunggu lagi jom lah buat.

Ada juga yang jual popia susu ni. Tapi lebih jimat bila buat sendiri dirumah. Nak guna susu tepung jenama apa pun boleh. Semoga resepi popia susu ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open