Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Koleksi Resepi Ayam Golek Extra Moist & Juicy. Gerenti Jadi!

0 3,853

Ayam sememangnya menjadi kegemaran semua orang walaupun dimasak dengan pelbagai masakan sekalipun.

Kalau sebelum ini, sering ke Kenny Rogers kalau nak makan ayam sedap begini. Lepas ni semua dah boleh buat sendiri.

Ada beberapa resepi yang saya nak kongsikan kepada anda semua untuk ayam golek yang sesuai di makan seisi keluarga. Buat untuk makan malam, confirm bertambah nasi dibuatnya.

 

RESEPI AYAM GOLEK SOS THAI

Bila dengar nama Thai, sudah pasti rasanya mengancam jiwa. Sos Thai yang sedap pedas-pedas manis bersalut dengan ayam yang digoreng panas. Fuuh! Dari jauh pun boleh bayangkan kenikmatan ayam golek sos thai ini. Perkongsian dari Rasa.

RESEPI AYAM GOLEK SOS THAI

Bahan-bahan yang digunakan –

  • 1 ekor ayam | bersihkan dan tos
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • Garam secukupnya
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

 

Bahan untuk Sos Thai:

  • 4 ulas bawang putih | cincang
  • 4 biji cili merah | kisar kasar
  • 3 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan cuka
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit daun ketimbar | hiris
  • Minyak untuk menumis

 

CARA PENYEDIAAN AYAM GOLEK DAN SOS THAI

▶ Gaulkan ayam dengan semua bahan perapan dan garam. Perapkan selama 30 minit.

▶ Panaskan minyak, goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.

▶ Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali lain, tumiskan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau hingga pecah minyak

▶ Seterusnya masukkan sos cili, cuka dan hirisan daun ketumbar.

▶ Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

▶ Tutup api, tuangkan sos ke atas ayam dan hidangkan.

Info Chef:

Anda boleh kukus ayam yang telah digaul dengan bahan perapan, sebelum digoreng untuk mendapatkan isi ayam lebih lembut di dalam dan garing di luar apabila digoreng.

 

AYAM GOLEK SOS BLACK PAPER

Kalau dah Namanya black pepper siapa yang mampu menolak makanannya. Sedap tak terkata, makan sehingga menjilat jari.

Nak buat hidangan ayam golek dengan sos black pepper ini tidak lah susah dah sesuai untuk hidangan makan malam.

RESEPI AYAM GOLEK SOS BLACK PEPPER

Bahan-bahan yang digunakan :

  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar lada hitam tumbuk
  • 4 batang serai
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar gula pasir @ gula perang
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 ½  sudu teh garam halus

 

CARA PENYEDIAN AYAM GOLEK

▶ Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan-bahan di atas

▶ Kisar semua bahan-bahan dan perap ayam selama 1 malam.

▶ Bakar selama 1 jam menggunakan oven dengan suhu 200 darjah Celsius.

 

Bahan Untuk Sos Black pepper

  • 1 botol sos lada hitam
  • 2 sudu lada hitam kisar
  • Sedikit air
  • Sedikit Tepung jagung

 

CARA PENYEDIAAN SOS BLACK PEPPER

▶ Kacau semua bahan sehingga pekat.

▶ Tuang pada ayam yang dah di bakar.

Resepi daripada Felique Nazira

 

RESEPI AYAM GOLEK SIMPLE

Kalau yang makan ayam golek simple-simple je, boleh cuba follow resepi ini. Bahan yang digunakan pun tak banyak sangat dengan apa yang ada sahaja di dapur.

RESEPI AYAM GOLEK SIMPLE

Bahan-bahan yang digunakan:

  • Ayam 1 ekor (basuh bersih)
  • 1 labu Bawang putih
  • 2 biji Bawang merah besar
  • Halia 1 ½  inci
  • Serai 5 atau 7 batang
  • Lada hitam
  • Halba campur 1 sudu besar
  • Madu 4 sudu besar
  • Sos tiram 3 sudu besar
  • Cili sos 3 sudu besar

 

CARA PENYEDIAAN AYAM GOLEK SIMPLE

▶ Kisar semua bahan di atas kecuali ayam. Kisar sehingga hancur.

▶ Perap ayam minima 3 jam dengan bahan yang dah diblend tadi. Lagi lama perap lagi sedap.

▶ Bakar dengan suhu 230 darjah Celsius menggunakan api atas bawah selama 30 minit.

▶ Selepas 30 minit, tukar api atas sahaja 15 minit

▶ Pusingkan ayam, bakar lagi 15 minit api atas je. (terpulang oven masing-masing, setiap oven tak sama suhunya).

Kredit Resepi – Rosma Ros

 

AYAM GOLEK OVEN

Amboi namanya bukan main lagi kan. Ayam golek oven ni sebab dia dibakar menggunakan oven. Yelah kan, dah ada kemudahan, kita gunakan sebaiknya.

Rasa pun sangat sedap, dicicah pula dengan sos pencicah yang manis-manis pedas.

RESEPI AYAM GOLEK OVEN

Bahan-bahan perapan:

  • Seekor ayam (saiz besar)
  • 1 senduk minyak zaiton
  • 1 senduk sos tiram
  • 1 senduk sos chicken marinade

*senduk tau bukan sudu teh atau sudu makan.

  • 2 sudu makan lada hitam
  • 5 sudu makan kicap abc
  • 1 sudu makan basil
  • 1 sudu makan oregano
  • 3 sudu makan serbuk cili babas
  • Garam secukupnya
  • 5 sudu makan madu
  • 1 sudu makan butter

 

Bahan tambahan :

  • Kentang
  • 1 ulas bawang besar belah dua
  • 1 labu bawang putih, belah dua jangan buang kulit

 

CARA PENYEDIAAN AYAM GOLEK OVEN

▶ Basuh ayam bersih-bersih, kemudian lap dengan tisu makanan ya jangan lap dengan tisu muka nanti tisu tu semua melekat dekat ayam😂

▶ Bila dah betul-betul kering, perap ayam dengan bahan perap tadi selama 2 jam, tak payah masuk peti sejuk.

▶ Kemudian, panaskan oven dengan suhu paling panas (oven saya jenama cornell 43L)

▶ Kemudian turunkan suhu kepada 180°, api atas bawah

▶ Tempoh masa membakar 1 jam 40 min bergantung pada oven masing-masing, klu tak ada pencucuk macam oven saya ni, guna besi yang jarang-jarang tu letak kat tgh-tengah, kemudian letakkan tray kat lapisan bawah,

▶ Jangan lupa letak air dalam tray, supaya ayam tadi tak kering, bila makan pun ayam lembut dan juicy jer.

▶ Masukkan bawang, kentang dan air ke dalam tray.

 

Tips nak sedap :

▶ Setiap 10minit glis ayam dengan bahan perapan, bila ayam dah bertukar warna, bole la stop glis ayam tu.

▶ Bila ayam dah masak, jangan keluarkan dari oven, biarkan ayam dalam oven selama 10 ke 15 minit.

▶ Fungsi air ialah untuk megelakkan ayam daripada kering bila dibakar

▶ Kentang pula hanya bahan sampingan, manakala bawang untuk aroma

Kredit Resepi – Nana Sabrina Sarsan

 

RESEPI AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

Nak makan di Kenny Rogers selalu, tidak terlalu mampu. Jadi jomlah kita belajar cara buat ayam panggang ala-ala Kenny Rogers ni.

Resepi yang simple dan siapa yang buat confirm akan jadi. Rasa pun akan sedap macam di kedai!

RESEPI AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

Bahan-bahan yang digunakan :

  • 1 ekor ayam – bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil

 

Bahan – bahan untuk perap ayam :

  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar lada hitam tumbuk
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 ½  sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan perapan.
  • Sedikit mentega (untuk sapu pada ayam)

 

CARA PENYEDIAAN AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

▶ Campur kesemua bahan di atas  dengan sedikit air dan kisar.

▶ Lumurkan keseluruhan bahan tadi di luar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.

▶ Perap ayam selama minima 1 ½  jam

▶ Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.

▶ Bakar selama 1 ½  jam atau sehingga ayam masak.

▶ Semasa membakar, selepas ½  jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.

 

RESEPI SOS LADA HITAM

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 ½  cawan stok ayam @ daging
  • ½  cawan susu segar – nak kurangkan pun boleh
  • 4 – 5 sudu serbuk lada hitam
  • 2 cm batang saleri – dicincang
  • ½  biji bawang besar – dicincang
  • 2 sudu besar kicap manis – bergantung kehitaman yang dikehendaki
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu mentega/ marjerin
  • ½  tin cendawan butang – dihiris
  • 2 sudu besar tepung gandum – bancuh dengan air
  • Garam dan gula – jika perlu

 

CARA PENYEDIAAN SOS LADA HITAM : 

▶ Panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang salery. didihkan.

▶ Kemudian tapis. buang bawang dan juga salery. Kalau tak nak tapis pun takpe. didihkan semula..

▶ Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. Garam dan gula jika perlu.

▶ Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.

▶ Resepi dah ada, lepas ni boleh lah cuba masak ayam panggang ala Kenny Rogers ni. Sedap jugak dapat makan beramai-ramai bersama ahli keluarga.

Kredit Resepi – Resepi Bonda

 

RESEPI AYAM GOLEK PERCIK CARA BONDA

Kalau tadi resepi dengan sos thai, sos black pepper, sekarang saya kongsikan ayam golek sos percik pula. Boleh lah buat untuk menu kemudian hari. Hari-hari ayam pun tak ada masalah kan sebab kebanyakkan orang suka makan ayam.

RESEPI AYAM GOLEK PERCIK CARA BONDA

Bahan-bahan Kuah percik

  • Santan 400ml
  • Bawang merah 4 ulas
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia 1 inci
  • Halba 1 sudu kecil
  • Serai 4 batang
  • Jintan manis 1 sudu kecil
  • Asam keping 2
  • Serbuk kunyit 1 sudu kecil
  • Cili kisar 3 sudu besar
  • Garam
  • Gula

 

CARA PENYEDIAAN KUAH PERCIK

▶ Masak santan sampai menggelegak dan hampir pecah minyak. Padamkan api, masukkan halba dan ketepikan.

▶ Tumis bawang merah, putih dan halia yg dikisar masukkan cili sampai pecah minyak, lepas tu masukkan kunyit, asam keping, serai dan jintan manis (kalau tak ada pun takpe) masukkan santan yang dimasak tadi dan perasakan dengan garam dan gula.

 

Cara masak ayam menggunakan Pressure cooker

▶ Perap ayam dengan kunyit hidup dan garam.

▶ Letak ayam ke dalam pressure cooker letak tombol ke bake, tutup periuk tekan chicken bahagiann bake on. (18 minit) kalau model yg saya guna.

▶ Dah masak cucuk ayam dengan garpu masukkan kuah percik yg dimasak tapi sapu keseluruhan ayam

▶ Tekan butang steam dan on . Tak perlu tutup tudungnya balik-balikkan ayam tersebut..

Tara!! ayam dah masak dan boleh lah dihidang

Kredit Resepi – Azie Kitchen

BACA JUGA: Resepi Bihun-Bihun Yang Sedap Dan Lembut. Mudah je nak buat!

RESEPI AYAM GOLEK PENGANTIN

Kenduri kahwin je pasti akan ada seekor ayam di atas meja untuk hidangan pengantin. Haa, sebenanrnya boleh je nak letak ayam golek apa-apa pun. Cuma kebiasaannya, pihak catering akan sediakan ayam golek khas buat pengantin.

Rasa dia pun Cuma tu lah, bila jadi pengantin dapat rasa sikit je lah. Tapi akan sambung makan semula selepas sudah bersanding. 😊

RESEPI AYAM GOLEK PENGANTIN

Bahan-bahan :

  • Ayam seekor
  • Bawang besar 3 biji*
  • Bawang putih selabu*
  • Jintan manis segenggam*
  • Halia seinci*
  • Sos tiram ikut suka la agk2 je*
  • Garam secukup rasa *
  • Gula secukup rasa*

 

CARA PENYEDIAAN AYAM GOLEK PENGANTIN

▶ Cuci ayam sehingga bersih dan rebus sehingga masak. Jangan terlebih masak sebab nanti kulit ayam tertanggal.

▶ Kemudan blend bahan-bahan bertanda * sehingga hancur.

▶ Perap ayam dengan bahan-bahan yang dah di blend.

▶ Perap semalaman dan letak di dalam peti sejuk.

▶ Seterusnya goreng ayam dengan minyak yang banyak sehinnga ayam tenggelam.

Dah masak,ayam akan garing keperangan.

 

Bahan-bahan kuah :

  • Cili kering 20 tangkai*
  • Bawang besar 2 biji*
  • Bawang putih 4 ulas*
  • Belacan sikit (tak nak letak pun boleh)
  • Sos cili 3 senduk
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Kiub ayam seketui
  • Bijan yang dah disangai

 

Cara Penyediaan Kuah :

▶ Blend bahan-bahan yang bertanda*

▶ Tumis sampai pecah minyak. Jika ada baki bahan perap ayam tadi amik  lebih kurang 1 senduk tumis skali.

▶ Perasa kan dengan garam gula kiub ayam

▶ Bila kuah dah masak masukkan ayam dan gaul sehingga sebati.

▶ Angkat ayam dan tabur bijan sehingga rata di keliling ayam.

▶ Kemudian bakar ayam dalam oven selama 15 minit je.

▶ Akhir sekali hias ayam pengantin supaya naik lagi selera.

▶ Lebihan kuah tadi boleh di hidangkan sebagai pencicah.

Kredit Resepi – Norazizan Sayang

 

RESEPI AYAM GOLEK MADU YANG SEDAP

Ayam golek madu ni beza dengan ayam golek yang lain adalah pada rasa dia. Disebabkan yang ini menggunakan madu, maka hasil kulit ayamnya juga akan licin dan cantik bila dibakar.

RESEPI AYAM GOLEK MADU

Bahan-bahan yang digunakan:

Bahan A –

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 kiub ayam knorr
  • 2 sudu serbuk lada hitam
  • 1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol)- brand apa-apa je.
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan gula
  • 100ml air

 

Bahan B –

  • 5 sudu madu
  • 3 sudu butter
  • 2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano

 

CARA PENYEDIAAN AYAM GOLEK MADU

▶ Blend semua bahan A sehingga hancur

▶ Perap ayam dengan bahan A dan bahan B sejama sejam (perap lama lagi sedap)

▶ Kemudian bakar selama sejam dengan suhu 200 darjah Celsius.

Kredit Resepi – Nurul Aini Mohamed Ali‎

 

RESEPI AYAM GOLEK PASAR MALAM

Kalau tekak rasa nak makan ayam golek, boleh lah cub acari di pasar malam berdekatan rumah. Pasti akan ada yang menjualnya.

Tapi sejak PKPB ini, banyak tempat tiada lagi pasar malam. Ayam golek pun dah tak Nampak. Jadi apa kata kita cuba buat sendiri! Mudah je.

RESEPI AYAM GOLEK PASAR MALAM

Bahan-bahan rempah

  • 2 ekor ayam
  • 10 biji bawang merah bombay *
  • 1 labu bawang putih *
  • Halia- seketul(saiz 2x ibu jari)*
  • 5 batang serai *
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 ketul gula melaka – ( pakai nisan /gula kabung/gula nira )
  • 3 sudu garam kecil

 

CARA PENYEDIAAN AYAM GOLEK PASAR MALAM

▶ Blend bahan bertanda * sehingga hancur

▶ Masak semua bahan di atas sehingga agak pekat atau kering. Kemudai boleh tutup api

▶ Perap ayam dengan rempah yang dah dimasak tadi selama 1 jam atau lebih

▶ Kemudian bakar selama 50 minit hingga 1 jam dengan suhu 200 darjah celcius.

*Rempah atau bahan perapan ni agak manis sebab tu ayam bakar kilat cantik.

 

Bahan-bahan Sos Cicah:

  • 10 biji cili kering – rebus dan blend
  • 5 ulas bawang putih bakar – bakar dan blend
  • 2 sudu kecil cuka
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar tepung jagung

 

CARA PENYEDIAAN SOS CICAH

▶ Rebus cili kering dan blend sehingga hancur

▶ Bakar bawang putih dan blend

▶ Masak semua bahan dengan sedikit air.

▶ Selepas mendidih masukkan tepung jagung

▶ Kacau sehingga pekat.

▶ Dah siap sejukkan sos dan masukkan sedikit bijan .

Kredit Resepi – ‎Ateen Aslah

 

Wah! Resepi ayam golek, ayam panggang, ayam bakar dah ada untuk kita buat di rumah. Jika ada keramaian atau majlis makan-makan bersama seluruh ahli keluarga ni, seronok juga dapat bakar ayam macam ni kan.

Kepada yang nak mencuba resepi-resepi ini. Boleh lah share dulu di wall facebook anda. Mudah nak buat carian dan senang nak buat pilihan.

Selamat mencuba!

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open