Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Pizza Guna Roti Arab Yang Paling Sedap. Ala-Ala Pizza Style USA Hasilnya!

0 677

Korang pernah buat pizza guna roti Arab? Bahan-bahannya mudah je. Bolehlah korang selitkan menu ni untuk open house nanti. Nak buat pun mudah je. Semua bahan-bahan korang tabur je atas roti Arab dan bakar dalam oven. Nak tembak dengan api pun boleh.

Roti Arab ni sekali pandang orang tengok macam roti dah nak expired. Bukan ye! Memang roti tu macam tu. Belambak roti ni di jual kat kedai Arab. Korang bolehlah cuba buat pizza homemade nanti. Kalau tengok pizza ni terus teringat pula makan pizza kat Madinah masa pegi umrah dulu. Sebijik sama!

Bahagian sayur tu biasanya menggunakan sayur brokoli. Tapi korang nak tukar bahan sayur lain pun boleh. Tak jadi masalah. Ikut selera masing-masing! Pizza guna roti Arab ni ala-ala pizza style USA. Nipis-nipis je. Sedap sangat rasanya. Sekali cuba pasti korang nak lagi.

Resepi pizza guna roti Arab ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Roslan Rusly melalui laman Facebook. Dua bahan je korang kena masak dulu sebelum letak atas roti Arab ni iaitu tomato puri dan daging. Dua bahan ni korang kena masak secara berasingan.

Untuk tomato puri, korang boleh masakkan dan perasankan dahulu. Letak garam sikit dan perasa. Manakala untuk daging pula korang boleh masak dengan rempah kari, garam dan serbuk perasa. Dah masak dua-dua korang asingkan dan masuk satu persatu atas roti Arab.

 

RESEPI PIZZA GUNA ROTI ARAB

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan pizza guna roti Arab ni. Tak payah makan pizza kat luar lagi lepas ni, buat pizza homemade je lagi syok! Puas hati makan. Jimat pun jimat!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Roti Arab/wrap
  • Tomato Puri (Masakkan dan perasankan dengan garam)
  • Daging cincang (Masak dengan rempah kari garam dan serbuk perasa)
  • Serbuk kari
  • Serbuk lada sulah
  • Serbuk lada hitam
  • Mozarella
  • Sosej
  • Sayur (Brocoli)
  • Cili masak/capsicum
  • Garam

CARA PENYEDIAAN PIZZA GUNA ROTI ARAB :

▶️ Letakkan tomato puri dan ratakan atas roti arab. Tomato puri ni, korang boleh masakkan dan perasankan dahulu. Letak garam sikit dan perasa je.

▶️ Taburkan pula daging. Daging tu masak dengan rempah kari, garam dan serbuk perasa.

▶️ Taburkan cili. Cili masak pun boleh guna ye.

▶️ Masukkan sosej dan broccoli. Taburkan serbuk lada sulah.

▶️ Taburkan pula Mozarella cheese.

▶️ Masukkan dalam oven atau microwave. Boleh jugak nak tembak dengan api untuk bagi cheese cair. Sebab bahan lain semua dah siap masak.

▶️ Ha! Nampak tak melting cheese. Siap yang hangit tu. Pergh!

▶️ Potong dan siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Cara Mudah Masak Koey Teow Goreng Basah Yang Ringkas Dan Sedap. Resepi Ni Confirm Jadi!

 

Fuhh! Selalu kalau nipis-nipis ni pizza style USA je. Korang tengok pun dah ala-ala pizza style USA kan. Nampak padat dan lazat! Anak-anak pun mesti suka sangat makan pizza ni.

Kalau tengok kat Facebook Cik Puan Roslan Rusly  ada macam-macam lagi resepi menarik korang boleh cuba. Banyak juga yang berasaskan roti. Next time kita boleh buat sandwich Turkey pula. Dalamnya isi ikan ye. Nampak menarik sangat!

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi pizza guna roti Arab ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kapad kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open