Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Kek Butter Yang Sedap Dan Mudah. Garenti Jadi!
Dalam banyak-banyak kek, kek marble atau kek butter paling sedap dimakan. Terutama sekali, bila makan panas suam macam tu. Memang laju je lah habis kek nya.
Antara kek yang simple nak buat, senang bahan-bahannya, dan rasa pun sedap. Semua orang boleh cuba buat kek ni. Nak-nak lagi, kalau kita ni orang yang baru nak belajar buat kek. Boleh masukkan kek butter ni dalam list yang akan kita buat.
Tak semestinya nak buat kek waktu sambut birthday je, buat kek untuk makan petang-petang pun boleh. Atau pun buat waktu dihidangkan ketika musim raya pun okay.
Dalam entri kali ini, saya nak kongsikan resepi Kek Butter yang dikongsikan oleh facebook milik Dani Shoppe’s ni. Resepi yang dikongsikan kali ni nampak mudah dan senang nak follow.
Jom saya kongsikan apa bahan-bahan yang digunakan dan step by step cara nak buat kek butter follow resepi kek butter ni.
RESEPI KEK BUTTER
Untuk siapa yang tak nak buat sekarang, boleh save dulu perkongsian ini di wall facebook masing-masing tau. Senang nak rujuk jika nak buat lepas ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 250 gram butter
- 220 gram gula kastor
- 4 biji telur
- 250 gram tepung gandum
- 1 penutup botol @ 1 sudu kecil esen vanilla
- 70 ml fresh milk atau susu cair
- 1 sudu besar jus lemon atau 1 sudu kecil cuka
CARA PENYEDIAAN KEK BUTTER :
▶ Mula-mula sekali, ayak tepung gandum sehingga halus. Ketepikan sekejap.
▶ Susu segar pula, campurkan dengan lemon atau cuka tu. Biarkan dalam 10 minit dalam bekas tertutup. Nanti adunan ni akan jadi seperti susu basi dan berketul-ketul.
▶ Sekarang, jom kita tengok step by step nak buat kek nya pula.
▶ Pertama sekali, pukul marjerin bersama gula hingga gebu.
▶ Adunan dah gebu, masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan satu pukul hingga sebatu dan masukkan lagi telur. Buat sebegitu sampai habis telur.
▶ Seterusnya, masukkan esen vanilla dan pukul sehingga dunan jadi sebati.
▶ Kemudian, masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu tadi. Sebatikan semua adunan.
▶ Bahagikan kepada beberapa adunan mengikut beberapa warna yang kita suka.
BACA JUGA: Cara Buat Paru Goreng Sambal Yang Mudah Dan Sedap!
▶ Sediakan loyang. Oleskan dengan minyak atau marjerin. Lapikkan dengan baking paper supaya mudah dikeluarkan nanti.
▶ Masukkan adunan sedikit demi sedikit mengikut warna. Buat sehingga habis adunan.
▶ Lorekkan dengan menggunakan lidi supaya dapat hasilkan corak yang cantik dan seperti diinginkan.
▶ Jangan lupa hentakkan loyang supaya adunan jadi padat.
▶ Sementara tu, panaskan oven. Bakar kek dengan susu 160’c selama 1 jam 20 minit. Bergantung kepada oven masing-masing ya.
Dah siap buat kek butter ni, bolehlah hidangkan untuk minum petang. Tak sangka jugak senang je kan nak buat dia. Sementara tengah musim pkp ni, inilah masa nak ajar anak-anak ke dapur. Masak bersama. Buat kek sama-sama.
Alang-alang dah buat tu, boleh lah kongsikan kepada jiran tetangga. Ada juga yang gunakan resepi dari perkongsian ini untuk buat jualan tau. Jadi, sama-sama doakan semoga murah rezeki pemilik resepi ni. Amiin.