Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ayam Bakar Juicy Dan Perapan Yang Mudah. Bakar Guna Oven Jer!
Kalau kita dihidangkan dengan ayam bakar, sudah pasti kita akan makan sehingga menjilat jari dan licin pinggan. Suka betul dengan bau dan rasa ayam bakar ni. Betul-betul menduga keimanan. š
Biasanya kalau nak makan ayam bakar, akan beli je dekat pasar malam. Pasar tani atau pun bazaar Ramadhan. Tapi disebabkan sekarang ni, musim covid. Sebaiknya elakkan ke tempat yang bersesak buat masa ni.
Jadi, kita buat dekat rumah sahaja. Makan dengan kawan-kawan atau ahli keluarga memang seronok. Ada yang suka bakar ala bbq tu kan. Tapi untuk lebih mudah, boleh bakar pakai oven je. ianya lebih mudah dan senang.
Dalam resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Dani ni, beliau ajar kita step by step nak hasilkan ayam bakar yang juicy dan garing.
Jom saya kongsikan apa bahan yang digunakan dan cara-cara nak buat. Simpan dulu resepi ini supaya nanti mudah kita nak buat semula.
RESEPI AYAM BAKAR
Untuk bahan perapan ni, boleh gunakan untuk perap daging baik lembu mahupun kambing. Bahan-bahan yang digunakan semunya guna apa yang ada dekat dapur kita je.
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- Ā½ ekor ayam
BAHAN KISAR :
- 1 batang serai
- 5 ulas bawang putih
- Sedikit halia
BAHAN LAIN :
- Sedikit sos tiram
- Sos Cili
- Sos Tomato
- Serbuk Kunyit
- Serbuk Lada Hitam
- Biji Lada hitam ( diketuk hancur)
- Serbuk Lada putih
- Garam
- Minyak masak
- 1 sudu besar planta
CARA PENYEDIAAN AYAM BAKAR :
ā¶ Kisar bahan yang perlu dikisar sehingga hancur lumat. Boleh juga tumbuk menggunakan lesung.
ā¶ Basuh ayam bersih dan toskan seketika.
ā¶ Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk. Gaulkan bersama semua bahan-bahan yang lain.
BACA JUGA: Cara Buat Kek Butter Yang Sedap Dan Mudah. Garenti Jadi!
ā¶ Seterusnya, lumur pada ayam dan perap lebih kurang 30 minit. Lagi lama, lagi sedap dan ayam lebih lembut.
ā¶ Kemudian, Ā panaskan oven dan bakar dengan suhu atas 180āc dan suhu bawah 150āc. Bakae lebih kurang 1 jam 30 minit.
ā¶ Lagi 10 ā 15 minit ayam nak siap bakar, buka oven dan oleskan ayam dengan madu. Nanti ayam kita akan jadi berkilat cantik.
Waah! Tak susah kan nak siapkan ayam bakar ni. Bolehlah lepas ni cuba buat sendiri untuk hidangan makan bersama keluarga.
Perapan ayam ni tak pedas. Sesuai untuk dimakan untuk orang dewasa dan juga anak anak. Yang mana suka bakar ala-ala bbq tu, bolehlah perap sosej sekali. Pasti anak-anak suka makan.
Saya harap perkongsian resepi ayam bakar ini, dapat memberi manfaat kepada semua di luar sana. Saya ucapkan selamat mencuba ye!