Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Paru Goreng Sambal Yang Mudah Dan Sedap!

Paru Goreng Kering
0 2,010

Ada yang suka makan paru goreng? Kalau dapat yang masak sambal pedas-pedas sedap dimakan dengan nasi putih. Tapi paru ni tak semua orang suka makan. Ada yang lebih suka makan hati daripada paru. Selera orang kan berbeza-beza.

Antara masakan yang sedap dibuat dengan paru ni ialah masak goreng kunyit, masak sambal merah, sambal cili padi, dan ada juga yang buat rendang paru.

Masakan paru ni kebiasaannya golongan mak ayah kita yang suka makan. Tapi ada juga yang belia remaja turut makan masakan yang menggunakan paru.

Selain makan dengan nasi putih panas-panas. Paru ni sedap juga dimakan dengan nasi lemak tau. Kalau perasan, kedai makcik yang jual nasi lemak, mesti ada sambal paru sebagai option untuk yang suka makan.

Dalam perkongsian kali ni, saya nak sharekan resepi Paru Goreng Kering. Of course lah pedas! Baru mengancam nak makan. Resepi Cik Puan Ieda Ilham ni simple je, kalau nak buat untuk makan tengah hari tu, sekejap je boleh siap.

 

RESEPI PARU GORENG SAMBAL

Kalau ada yang tak suka makan paru tu, boleh gantikan dengan hati atau ayam. Cara yang sama, bahan utama je berbeza.

Bahan-bahan yang digunakan adalah :
  • Paru lembu
  • 1 biji bawang besar
  • Sedikit halia
  • 5 tangkai daun kari
  • 3 sudu cili kisar
  • 2 sudu sos tomato
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula

CARA PENYEDIAAN PARU GORENG SAMBAL :

▶ Mula-mula sekali, basuh paru dan hiris kecil-kecil. Kemudian bolehlah direbus sehingga masak.

▶ Bila paru dah masak, gaulkan dengan garam dan kunyit.

▶ Seterusnya, goreng sekejap sehingga garing.

▶ Panaskan sedikit minyak, tumis daun kari dan cili mesin sampai pecah minyak.

▶ Cili kisar dah pecah minyak,masukkan tomato, bawang besar yang dihiris, halian yang dihiris nipis, gula dan juga garam. Kalau nak pedas lagi, masukkan cili padi tau.

BACA JUGA: Resepi Sambal Sotong Bunga. Comel Jee Anak-Anak Comfirm Suka!

▶ Gaul sehingga bahan-bahan sekata dan bawang jadi sedikit layu.

▶ Kemudian, masukkan paru yang digoreng tadi. Kacau sebati semua bahan.

▶ Rasa semua dah sekata, bolehlah padamkan api.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Mudah je kan nak buat paru goreng sambal ni. Teknik yang sama kita boleh guna untuk masak masakan lain juga. Nak lagi sedap, boleh masukkan ubi kentang yang dhiris nipis-nipis.

Masakan macam ni sangat mudah kalau nak cuba. Bagi yang baru je nak belajar masak, pasangan pula suka makan paru kan. Wajib cuba resepi ni. Buat dan hidangkan untuk suami dan seluruh ahli keluarga.

Untuk yang baru nak mencuba tu, saya ucapkan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open