Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Cucur Ikan Bilis Yang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam. Confirm Sedap!
Petang ni rasa nak makan cekodok pulak. Tapi kali ni nak buat cucur ikan bilis yang di masak pekat dulu sebelum di goreng. Lain macam cara buat cucur ni kan. Jom cuba resepi cucur ikan bilis yang rangup di luar dan lembut di dalam ni.
First time aku jumpa cara masak cucur macam ni. Buat adunan cair terlebih dahulu dan masak sampai pekat dan berkumpal. Senang proses nak bulat-bulatkan cekodok ni sebelum di goreng nanti. Terbentuk bulat elok je jadinya.
Hujung minggu ni boleh la try buat cucur ni untuk minum petang. Follow sebijik-sebijik confirm menjadi. Boleh letak carrot dan daun bawang sekali. Cucur ni dibuat menggunakan tepung ubi bukan hanya tepung gandum semata.
Resepi cucur ikan bilis yang rangup di luar dan lembut di dalam ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Iedaa Jahaya. Makan cucur ni panas-panas dengan sos cili memang sedap. Anak-anak pun suka!
Cucur ni confirm rangup sebab di masak terlebih dahulu sebelum di goreng. Sekali cuba buat cucur ni, mesti korang nak lagi. Sebab beza dengan cucur ikan bilis yang biasa kita buat. Tengok la bentuknya bulat elok je.
RESEPI CUCUR IKAN BILIS
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan cucur ikan bilis ni. Step memasaknya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 cwn tepung gandum
- 1 sdb tepung ubi
- Segengm ikan bilis (cuci tumbuk separuh lumat)
- Sagat 1 bji carrot
- Daun bawang (dihiris halus)
- 2 bji bwg putih (ditumbuk halus)
- Garam
- Serbuk secukup rasa
- Air
CARA PENYEDIAAN CUCUR IKAN BILIS :
▶️ Masukan semua bahan dalam bekas.
▶️ Bancuh air dan sebatikan. Pastikan adunan cair macam teh tarik.
▶️ Masuk dalam periuk non stick dan masak atas api sederhana.
▶️ Kacau hingga pekat dan bergumpal. Tutup api!
▶️ Sejukkan dulu dan bulat-bulatkan.
▶️ Sedia untuk digoreng. Siap!
BACA JUGA : Resepi Ikan Lengat Kukus Dan Bekukan. Boleh Masak Macam-Macam Hidangan!
Mungkin agak renyah sedikit nak masak cucur ni. Sebab di masak dua kali. Tapi rasanya dan teksturnya sangat berbeza dengan cucur ikan bilis yang biasa kita buat sebelum ni. Rugi tau korang tak cuba cara masak cucur ni.
Pastikan ikan bilis di tumbuk lumat supaya tekstur cucur cantik elok je bila di bulatkan nanti. Cucur ni memang lain dari yang biasa kita buat. Petang ni korang yang ada free, buat la kat rumah. Boleh buat untuk minum petang.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Iedaa Jahaya kerana sudi berkongsi resepi cucur ikan bilis yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!