Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Pau Kari Ayam Kukus Yang Simple. Gebu dan Padu Intinya. Wajib Cuba!
Resepi pau kari ayam sangat digemari ramai. Pau dipanggil sebagai baozi, bao, bau, humbow, nunu, bausak, atau pow yang merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan yis, diuli dan dibentukkan bulat yang mempunyai inti di dalam.
Pelbagai jenis inti yang ada didalamnya sama ada manisan, berdaging ataupun sayur-sayuran. Teknik popular untuk memasak pau ialah dengan menggunakan cara mengukus.
Selain menggunakan teknik mengukus, teknik memasak secara goreng dan bakar juga boleh digunakan. Perasan tak, kalau kita beli kuih pau dikedai akan ada satu warna di titik dibahagian atasnya? Ia bertujuan untuk mengenalpasti jenis inti yang terdapat di dalam pau tersebut.
Perkongsian hari ini adalah tentang resepi kuih pau kari ayam kukus. Resepi ini dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Salina Ismail. Terima kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi ini.
Di Malaysia, ramai usahawan muda yang telah berjaya berniaga kuih pau ini. peniaga-peniaga kuih pau ini biasanya menjual pau dengan hidangan yang panas-panas, ada juga yang dibuat secara segar ataupun yang sejuk beku (frozen).
RESEPI PAU KARI AYAM
Pau antara kegemaran anak-anak. Ia sesuai sangan dihidangkan untuk sarapan pagi anak-anak sebelum kesekolah. Jom follow resepi pau kari ayam ini.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan buat doh :
- 1kg tepung (boleh buat 30 biji pau)
- 50ml lemak sayur
- 100g tepung beras
- 2 sudu kecil yis
- 1 sudu kecil garam
- 100g gula
- Air suam
Bahan buat inti :
- Isi ayam dipotong dadu (ambil bahagian dada)
- Kentang dipotong dadu
- 2 Sudu besar rempah kari
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- Cili kering kisar ( kurangkan kalau tak suka pedas)
- 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 inci halia (dihiris)
- Garam secukupnya
- Gula
- Serbuk perasa
- Minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN PAU KARI AYAM :
Cara penyediaan inti :
▶️ Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih dan juga halia yang telah dihiris tadi. Kacau hingga naik bau.
▶️ Masukkan isi ayam, biarkan seketika hingga ayam nampak separuh masak.
▶️ Masukkan cili kisar, sedikit air, rempah kari dan sesudu serbuk kunyit.
▶️ Masukkan gula dan masukkan perasa (garam dan serbuk perasa).
▶️ Setelah rempah pecah minyak, masukkan ubi kentang yang di potong dadu tadi.
▶️ Biarkan sehingga kentang empuk dan kering. Barulah tutup api.
▶️ Biarkan sejuk.
Step seterusnya :
▶️ Bancuh yis dalam cawan dengan sedikit gula dan air suam. Biarkan hingga kembang.
▶️ Masukkan tepung, garam, gula, lemak sayur dan juga tepung beras kedalam bekas lain, gaul rata.
▶️ Kemudian masukkan yis yang telah kembang dan air suam.
▶️ Uli tepung hingga tidak melekat di jari. Biarkan kembang dalam 1-2 jam.
▶️ Buat bulat-bulat, leperkan dan letak inti ayam didalamnya.
▶️ Letakkan doh yang telah berinti atas lapik kertas minyak yang dipotong segi empat.
▶️ kukus selama 7-10 minit.
BACA JUGA: Resepi Udang Berlado Campak Epal Hijau. Hidangan Simple Tapi Cukup Menyelerakan. Wajib Cuba!
Siap untuk dihidang! Pau ni tak perlu tunggu sejuk pun, sebab makan panas-panas lebih enak. Bahan-bahan dan cara pembuatan pau ni pun sangat ringkas tetapi ia memerlukan teknik yang betul supaya pau yang dihasilkan ringan and gebu.
Untuk memudahkan, lebih baik buat doh dahulu dan biarkan ia mengembang. Sementara tunggu doh mengembang, bolehlah kita masak inti Pau Kari ayam ini. Senangkan! jimat masa.
Harap-harap resepi pau kari ayam ini memberi manfaat kepada kita semua. Para penggemar pau tak kisahlah apa jenis pau bolehlah mencuba resepi ini. Buat pau kari ayam homemade, confirm puas hait. Selamat mencuba!