Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ikan Lengat Kukus Dan Bekukan. Boleh Masak Macam-Macam Hidangan!

0 174

Siapa pernah try resepi ikan lengat kukus? Lepas di kukus ikan ni boleh di masak pelbagai. Nak goreng boleh, nak gulai lemak cili api boleh, kari boleh, goreng berlada atau kerutuk pun boleh. Resepi simple tapi menyelerakan.

Ikan lengat kukus ni di masak kukus dengan garam, nise dan asam keping. Kemudian, di bekukan dalam peti. Ala-ala perapan gitu. Masak lengat kukus ni boleh buat ikan yang korang masak tu lebih sedap. Try la buat nanti. Confirm korang suka. 

Boleh guna macam-macam jenis ikan. Tapi lengat kukus ikan sardin lagi sedap. Kat tempat aku, nak goreng ikan guna garam dan asam je. So, tu aku cuba jugak resepi ni. Rasa ikan yang di lengat kukus ni lagi sedap dari masak macam biasa aku buat. 

Resepi ikan lengat kukus ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Zainoor Aliza Ali. Dah simpan dalam peti, korang nak masak apa je pun ikan ni boleh. Terpulang ikut cita rasa masing-masing. 

Tak guna banyak bahan pun. Hanya perlukan 4 bahan sahaja. Rasa masam, manis dan manis ikan masuk sampai ke isi. Sedap giler perap ikan cara macam ni. Nak goreng je pun dah sedap ni kan pulak di masak lemak dan goreng berlada.

RESEPI IKAN LENGAT KUKUS

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan ikan lengat kukus ni. Step penyediaannya seperti dibawah. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • 1½ kg ikan (Ikan sardin)
  • 15 asam keping
  • Garam
  • Sepotong kecil nise kelantan (pilihan)

CARA PENYEDIAAN IKAN LENGAT KUKUS :  

▶️ Basuh bersih ikan dan masukkan ke dalam loyang.

▶️ Masukkan asam keping, garam dan nise kelantan.

▶️ Didihkan air kukusan. Bila air telah mendidih, kukus ikan selama 30 minit.

▶️ Angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk boleh simpan dalam peti ais sejuk beku.

▶️ Bila nak masak boleh keluarkan dan masaklah ikut juadah kegemaran kita.

▶️ Nak goreng boleh, nak gulai lemak cili api, kari, goreng berlada atau kerutuk pun boleh.

 

 BACA JUGA : Resepi Kuih Bom Bijan Labu Inti Kacang Hijau. Lembut Dan Maintain Bulat Lepas Goreng!

 

Dah siap! Mudah je kan nak buat ikan lengat kukus ni. Try buat yang goreng je, lepas tu makan dengan nasi putih panas-panas dengan sambal belacan. Fuhhh! Sedap weh. Confirm terangkat dibuatnya!

Ikan lengat kukus ni simple tapi sangat membuka selera. Merupakan hidangan orang Pantai Timur yang digemari ramai. Rasanya pulak, masam-masam masin sikit. Rugi sangat korang tak cuba kukus ikan macam ni sebelum di goreng. Memang sedap! 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Zainoor Aliza Ali kerana sudi berkongsi resepi ikan lengat kukus yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open