Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sagu Gula Melaka Yang Paling Nikmat Nak Makan. Layan Sejuk-Sejuk Lagi Sedap!

0 102

Siapa pernah try resepi sagu gula Melaka? Nak makan nanti kena curahkan susu cair atau santan. Sedap giler tau dessert ni. Dah lama jugak tekak ni teringin nak makan. Tapi tak pernah ada kesempatan. Plus tak berani nak buat sendiri.

Balik kampung baru ni, nampak mak aku rebus sagu. Owh! Macam ni rupanya nak rebus sagu. Cara rebus sagu tak susah pun. Rebus air dulu sampai mendidih, lepas tu masukkan sagu. Kena rajin kacau supaya bahagian bawah tak hangus.

Kalau ada putih-putih sikit-sikit tu takpe. Lepas tu boleh bilas kalau nak bilas, orang kata bilas untuk buang kanji, lebih baik bilas guna filter water. Jangan cuci biji sagu sebelum kita masak sebab nanti dia melarut dalam air hilang dibawa arus. Haaa.

Kalau nak letak dalam bubur manis pun sama macam letak dalam bubur kacang, pengat pisang dan bubur jagung. Rebus sagu secara berasingan dulu. Kalau buat banyak sagu, boleh la salut dengan kelapa muda parut sikit. Sedap tau!

Resepi sagu gula Melaka ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Emy Mellisa Mohd Kasim. Curah susu cair atau santan kat sagu ni dan sejukkan kejap baru makan. Fuh! Nikmat makan time cuaca tengah panas.

RESEPI SAGU GULA MELAKA

Actually, takde sukatan air untuk sagu pun. Boleh letak air lebih takde masalah. Sebab nanti kita akan tapis sagu ni dan buang lebihan air. Jom kita tengok satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan sagu gula Melaka ni.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Sagu
  • 2 buku gula Melaka
  • 2-3 cawan air
  • Daun pandan
  • Susu cair @ santan

CARA PENYEDIAAN SAGU GULA MELAKA : 

▶️ Masukkan 2 buku gula melaka ke dalam sauce pan. Kemudian, masukkan 2-3 cawan air. Masak sehingga gula melaka larut & likat. Jangan lupa masukkan daun pandan. Tutupkan api dan ketepikan.

▶️ Didihkan air dalam periuk, masukkan sagu biji. Kacau-kacaukan supaya bahagian bawah tidak hangus, kalau tak cukup air boleh tambah.

▶️ Bila nampak sagu dah elok, putih-putih pun dah tak nampak. Sikit-sikit tu takpe, tapiskan sagu dan buang lebihan air.

▶️ Masukkan sagu yang telah ditapis ke dalam air gula melaka. Kacau-kacaukan supaya sagu & air gula melaka sebati.

▶️ Masukkan ke dalam bekas yang sesuai, tunggu sejuk dan masukkan dalam peti.

▶️ Time nak makan curahkan susu cair @ santan yang telah dimasak.

 

BACA JUGA : Resepi Sayur Peria Tumis Telur Kari Yang Sedap Dan Tak Pahit. Banyak Giler Khasiat Sayur Ni!

 

Resepi sagu gula Melaka ini salah satu pencuci mulut yang wajib korang try kat rumah. Rasa dia lemak manis dari gabungan sagu, susu cair dan Gula Melaka. Confirm sedap dan sesuai hidang bila ada majlis atau kenduri kendara.

Actually, korang boleh je pelbagaikan warna sagu ikut citarasa masing-masing. Tapi memandangkan kita nak buat sagu gula Melaka, kita guna je warna asal gula Melaka tu. Warna sagu ala-ala kuih wajik gitu.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Emy Mellisa Mohd Kasim kerana sudi berkongsi resepi sagu gula Melaka yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open