Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Simple Buat Kuih Cakoi Sedap. Tip Hasilkan Isi Lembut Masak Cantik!

Kuih cakoi mudah
0 2,503

Ada yang suka makan kuih cakoi? Wajib beli kalau keluar ke pasar malam kan. Atau dekat kedai tepi jalan. Tapi tu dulu lah. Paling suka makan kuih cakoi dengan kuah kaya dia atau sos pandan hijau tu.

Cakoi ni nak buat sendiri orang kata renyah. Kalau doh tak pandai buat, boleh jadi keras macam batu. Kalau terlalu lembik nanti goreng tak naik. Risau jugak kadang-kadang tu.

Tapi bila tekak rasa nak makan sangat. Kedai tak ada yang jual mula lah gigih mencari resepi yang orang kongsikan. Ramai yang share cara nak hasilkan cakoi yang lembut, doh confirm cantik, goreng rangup dan sebagainya.

Oleh itu, dalam banyak-banyak yang kongsikan ada satu resepi cakoi ni buat saya tertarik nak follow. Step by step yang dikongsikan pun lengkap. Mudahlah bagi kita yang baru nak buat untuk cuba cara ni.

Resepi ni perkongsian dari Cik Puan Faten Ridhwana. Ada banyak lagi resepi yang lain dikongsikan dekat sana. Seronok juga lah baca dengan perkongsian-perkongsian yang ada.

 

RESEPI KUIH CAKOI LEMBUT

Kuih cakoi yang sedap bila dia rangup dan lembut je isi dalam baik ketika masih panas atau dah sejuk. Nak tahu jadi ke tak. Haruslah cuba follow resepi ni kan.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 400 gram tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu pekat / susu tepung
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sudu kecil yis
  • ½ sudu kecil soda bikarbonat

 

CARA PENYEDIAAN KUIH CAKOI :

▶ Mula-mula masukkan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali tepung dan minyak. Dan kacau sampai sebati.

▶ Kemudian masukkan tepung sikit demi sedikit. Sambil uli tepung sambil tuang tepung. Uli sampai jadi doh yang tidak melekat pada tangan dan mangkuk.

▶ Seterusnya, rehatkan doh selama 30 minit untuk bagi doh kita kembang

▶ Dah kembang, canaikan doh menjadi segi empat tepat.

▶ Potong doh lebih kurang 1 hingga 1.5 inci. Kemudian cantumkan setiap dua potongan.

▶ Ambil lidi, dan tekan dibahagian yang dicantumkan supaya nampak kesan. Pastikan lidi tu celupkan dulu dalam air okay.

▶ Panaskan minyak untuk menggoreng. Minyak dah panas, masukkan cakoi ke dalam kuali.

▶ Tarik doh supaya memanjang. Buat sampai habis adunan, kemudian dah bertukar warna keperangan, angkat dan toskan minyak.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

TIP : 

▶ Untuk hasilkan cakoi yang sedap dan kekal lembut, masa menggoreng pastikan minyak betul-betul panas, dan gunakan api yang perlahan sahaja. Isi pun masak sekata.

BACA JUGA: Cara Buat Ikan Masak Taucu. Mudah Dan Simple Je Resepi Kampung!

Kuih cakoi ni boleh makan dengan pelbagai jenis pencicah. Baik sos kaya, sos pandan, atau sambal bilis pun sedap. Tapi ada juga yang suka makan cicah kuah kacang tau!

Apa pun pencicah yang kita guna, apa yang penting kuih cakoi kita dah menjadi dan sedap! Cuba lah. 1st time cuba buat pun akan menjadi helok je. buat dan hidangkan untuk minum petang.

Selamat mencuba kawan-kawan!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open