Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ayam Madu Bijan Yang Mudah Dan Sedap. Macam Ayam Panggang Hasilnya!
Resepi ayam madu bijan ini pasti ramai penggemarnya. Ianya merupakan hidangan yang mudah dibuat dan sedap dimakan begitu saja. Resepi ayam madu bijan ini juga seakan ayam panggang hasilnya. Manis-manis madu rasanya.
Bahagian yang sesuai digunakan dalam resepi ayam madu bijan ini ialah bahagian kepak ayam dan buffalo (drummet). Kurang sesuai untuk bahagian yang banyak isi. Ala-ala hidangan ayam madu Pizza Hut hasilnya.
Tidak perlu menggunakan minyak untuk menggoreng, dan tak perlu oven dan arang untuk membakar. Anda cuma perlu memasaknya menggunakan mentega didalam non stick pan sahaja.
Resepi ayam madu bijan ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Chefobie Untold. Ayam akan diperap dengan beberapa bahan perapan yang lain dan dibiarkan 15-20 minit sebelum dimasak.
Semakin lama ayam diperap, semakin sedap ayam yang akan dimasak. Sebab bahan perapan tadi akan masuk kedalam isi ayam. Hidangan ini juga boleh dimakan tanpa nasi dan dihidang bila-bila masa anda suka.
RESEPI AYAM MADU BIJAN
Tanpa melengahkan masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan dan bagaimana pula cara penyediaannya. Sangat mudah dan siap tak sampai sejam.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan perapan :
- 600 gm Kepak ayam dan buffalo (drummet)
- 1 sdt Lada hitam
- 2 sdb Sos tiram lee kum kee
- 1 sdt Lada sulah
- 1 sdt Serbuk kunyit
- 1 sdt Serbuk kari ikan
- 1 sdb Serbuk stok ayam
Bahan lain :
- 2 sdb Marjerin/ mentega
- 2 ulas Bawang putih (dicincang)
- 1 biji Jus limau nipis
- 1 sdb Gula pasir
- 1 sdb Tomato sos
- 1 1/2 sdt Garam
- 1/2 cawan Air
- 1 sdb Bijan (disangai)
- 2 sdb Madu
CARA PENYEDIAAN AYAM MADU :
▶️ Perapkan kepak dan buffalo ayam dengan semua bahan perapan dalam satu bekas. Perap 15- 20 minit sahaja.
▶️ Panaskan mentega dalam non stick pan. Tumis bawang putih hingga kekuningan.Masukkan ayam yang telah diperap tadi.
▶️ Masak ayam menggunakan api besar dalam 3 minit dan balikkan juga ayam. Ayam akan kelihatan seperti dipanggang atau roasted.
▶️ Kecilkan api. Masukkan air, tomato, jus limau, gula, garam dan madu. Kacau mesra.
▶️ Akhir sekali masukkan bijan yang telah disangai. Siap!
BACA JUGA: Resepi Apam Balik Homemade Yang Gebu Gebas. Lembut Je Hasilnya Memang Puas Hati!
Siap untuk dihidang! Sungguh enak dimakan begitu saja. Dah macam iklan roti gardenia pula. Yang tengah diet dan tak nak makan nasi, apa kata enjoy dengan lauk ayam madu bijan ni. Menjilat jari dibuatnya!
Musim PKP ni asyik makan je. Kalau dah waktu siang anda makan makanan yang berat, apa kata waktu malam pula anda makan lauk sahaja tanpa nasi. Makan bersama sayur salad lebih sihat.
Ramai juga usahawan kecil yang menjual ayam madu dipasar malam. Tapi masak sendiri dengan beli diluar tak sama rasanya. Lebih puas hati bila buat sendiri. Semoga resepi ayam madu bijan ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!