Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Rendang Daging Yang Simple! Resepi Sedap Dan Wajib Cuba!
Rendang daging antara masakan wajib menjelang hari raya AidilAdha. Perasan tak? Sebab time tu memang ada banyak daging korban yang ada dalam peti. Kalau tak dari aqiqah anak,dari jiran-jiran yang baik hati.
Time ni mula skill memasak pelbagai masakan daging kita nak keluarkan. Hari ni rendang daging, esok gulai kari daging. Kemudian masak lemak daging. Daging je lah seminggu dua ni sampailah habis daging dalam peti.
Bila hari biasa, nak beli daging mahal. Jarang-jarang je dapat makan kan. Kali ni kita balas dendam makan puas-puas. Tapi, kalau nak simpan untuk makan nanti pun boleh ajer. Daging kan boleh simpan lama di ruang beku.
Untuk resepi kali ni, saya nak share resepi masak rendang daging yang simple tapi marvellous. Biasa makan rendang ayam je kan. Terutama kalau waktu raya puasa. Sesekali boleh cuba buat rendang daging jugak.
Nak makan dengan nasi panas sesuai, makan dengan pulut lemang pun sedap tau. Jom saya kongsikan resepi Cik Puan Nina Natsha Azizan ni. Korang semua wajib cuba!
RESEPI RENDANG DAGING SIMPLE
Yang mana dah biasa buat rendang ayam, mungkin cara yang selalu kita buat tak sama dengan cara sis Nina ni. Nak guna cara kita boleh, nak follow cara baru ni pun boleh.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 kg daging
- 2 helai daun kunyit ( diracik )
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu besar serbuk jintan manis
- 1 sudu besae serbuk jintan putih
- ¾ cawan minyak masak
- 1 kotak santan
- 3 cawan air
- 7 sudu besar gula merah
- Serbuk perasa
BAHAN KISAR :
- 6 sudu besar cili kering / cili boh
- 5 batang serai
- 2 biji bawang besar sederhana besar
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- ½ inci lengkuas
- ½ inci kunyit hidup ( ½ sudu kecil serbuk kunyit)
- 1 cawan air
CARA PENYEDIAAN DAGING RENDANG :
▶ Mula- mula sekali, hiris nipis dan basuh daging bersih. Toskan seketika.
▶ Kisar bahan kisar sehingga hancur lumat. Kisar dengan 1 cawan air.
▶ Panaskan kuali, dan masukkan minyak masak. Bila minyak dah panas, masukkan bahan kisar.
▶ Kemudian masukkan cili kisar atau cili boh. Masak sampai naik minyak dan garing
BACA JUGA: Cara Buat Cekodok Sayur Simple. Rangup Luar Isi Lembut Di Dalam!
▶ Seterusnya, masukkan 2 cawan air. Masak sekejap semua bahan sehingga ianya masak sempurna.
▶ Masukkan serbuk jintan manis, jintan putih dan juga serbuk ketumbar. Kacau supaya sekata.
▶ Kemudian, masukkan daging. Biarkan sampai daging masak empuk.
▶ Bila daging dah empuk, masukkan gula melaka. Kacau sebati dengan kuah.
▶ Seterusnya, masukkan santan. Masak dengan api yang sederhana besar sehingga sedikit kering dan pecah minyak. Lebih kurang dalam 30 minit.
▶ Perasakan dengan serbuk perasa dan garam jika perlu.
▶ Akhir sekali, tabur daun kunyit dan gaulkan sekata.
TIP :
▶ Untuk empukkan daging dengan cepat, masukkan sudu besi ke dalam kuali ketika proses empukkan daging. Daging akan jadi empuk dengan cepat.
▶ Ada yang buat rendang, masukkan kerisik. Tapi dalam resepi ni, sis kita tak gunakan kerisik dan rasa dia tetap awesome.
Dah ada rendang daging ni, jangan lupa rebus ketupat palas sekali ye. Berulang makan tanpa sedao dibuatnya. Tak payah tunggu raya pun tak pa. Ada yang jual tak kira masa.
Kalau yang nak cuba buat rendang daging ni, boleh follow je resepi yang dikongsikan ni. InsyaAllah pasti family korang akan suka.
Save dulu resepi ni di wall facebook, jika tak nak buat sekarang. Bila ada kesempatan, senang nak rujuk semula. Semoage perkongsian ni bermanfaat!