Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Paling Mudah Buat Puding Karamel. Guna Blender Je Terus Siap. Sedap Makan Sejuk-Sejuk Tau!
Bukan susah mana pun nak buat puding karamel ni. Syung syung dalam blender dah siap! Bila-bila ada masa free korang try la resepi puding karamel guna blender ni. Makan sejuk-sejuk sedap weh! Confirm bertambah-tambah dibuatnya.
Lagi best buat puding karamel sendiri kat rumah, korang boleh adjust rasa manis puding ikut kesukaan masing-masing. Biasanya kalau beli kat luar, yak ampun manis dia bukan main lagi. Boleh potong kaki lah.
Actually, manis puding ni memang boleh adjust. And tak effect texture puding pun. Cuma akan berubah pada rasa manis sahaja. Kalau dah guna susu tu, korang jangan la buh banyak lagi guła. Takut raya takde kaki pulak kan. Haha..
Baru ni, adik ipar buatkan aku puding karamel. Memang sedap weh! Aku terus tanya dia resepi. Katanya, dia follow resepi Cik Puan Nur Amalyna Zuraidi je. Sangat mudah, simple dan pasting enak. Mak aku yang kurang suka makan manis pun dah tersuka puding karamel ni.
Puding ni sesuai buat minut petang. Ada juga yang jadikan puding karamel ni sebagai dessert bila ada majlis. Buat sendiri lagi jimat dari order kat luar ye. Nak buat pun senang. Janji rumah korang ada blender.
RESEPI PUDING KARAMEL
Cuaca sekarang sangat panas. Masuk kat mulut sesuap puding karamel sejuk pun dah rasa nikmat. Esok cuti, apa lagi try la buat puding karamel guna blander ni. Kejap je dah siap! Tengok bahan-bahan yang diperlukan kat bawah ni dulu.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 8 biji Telur
- 1 tin Susu cair
- 1 cawan gula (boleh adjust tahap kemanisan masing-masing tau)
- 1 sudu kecik esen vanilla
CARA PENYEDIAAN PUDING KARAMEL :
▶️ Pecahkan terus telur dalam blender.
▶️ Kemudian, tuangkan susu dalam blender.
▶️ Masukkan 1 cawan gula. Optional yer. Tak suka manis boleh kurangkan lagi kuantiti gula tu.
▶️ Masukkan 1 sudu kecik esen vanila.
▶️ Blend semua bahan sampai sebati. Ketepikan!
▶️ Seterusnya, buat bahagian karamel pulak. Panaskan pengukus.
▶️ Masukkan setengan cawan gula dan air dalam periuk pengukus.
▶️ Masak dan tunggu sampai blup-blup macam ni.
▶️ Haaaa make sure jadi sampai macam ni. Kalau lambat tutup api, dia jadi dark lepastu pahit sangat.
▶️ Tuang semuaa adunan tadi. Then biarkan dalam periuk kukusan.
▶️ Cek puding kalau dah masak guna garfu. Kalau tak lekat maksudnya puding dah masak.
▶️ Taaadaaa after 45 minit. Time ni semerbak uii bau. Rasa nak terus ngap!
BACA JUGA : Cara Buat Lada Sabah Paling Padu. Buat Cicah Makan Lauk Memang Sedap. Bertambah Nasi Dibuatnya!
Nak tau masak ke idok, cucuk cucuk dia guna garfu. Kalau tak tinggal kesan kat garfu masa angkat tu maksud nya masak lah tu puding kita. Then, sejukkan kejap baru la boleh terbalikkan. Jadi laaa macam gambar atas ni.
Simple je kan cara buat puding karamel. Nama je macam gempak and rasa susah nak buat. Rupanya puding ni antara dessert yang paling mudah nak buat. Ramai tau penggemar manisan ni.
Terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nur Amalyna Zuraidi sebab sudi kongsi resepi puding karamel guna blender ni. Yang tak reti buat pun dah jadi pandai lepas follow resepi ni. Selamat mencuba!