Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kerabu Kerang Thai Yang Paling Letops. Boleh Kecur Liur Dibautnya. Sedap Sangat!

0 100

Ada tak penggemar kerang kat sini? Kerang ni banyak manfaatnya untuk tubuh badan kita tau. Boleh di hidang dengan pelbagai cara. Untuk hari ni, kita akan follow satu repei menggunakan kerang iaitu resepi kerabu kerang Thai yang paling sedap. Mudah sangat cara penyediaannya. Memang tak rugi korang cuba!

Sekali pandang gambar dah kecur liur dibuatnya! Nampak sedap sangat. Balance dengan semua rasa pedas, masam, manis dan masin. Sedap di makan ratah begitu je dan sesuai juga di makan dengan nasi. Bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan kerabu kerang ini juga tak terlalu banyak dan mudah di perolehi.

Seperti yang kita tahu, kerang ni banyak manfaatnya. Antaranya adalah untuk mengatasi anemia, menjaga kesihatan jantung, membentuk dan merawat otot, baik untuk sistem saraf dan membantu menjaga sistem imun. Korang boleh amalkan 1-2 kali seminggu.

Resepi kerabu kerang Thai ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Fia Sofia. Memang ramai penggemarnya. Sehinggakan resepi ni mendapat 3.4k share di Facebook. Korang mesti tak sabar nak cuba kan. Nak buat lauk makan tengahari atau malam pun boleh.

Kerang ni boleh di masak dengan pelbagai cara. Tapi lagi sedap kalau di buat kerabu macam ni. Simple, cepat dan sedap! Rebus je kerang dan campur dengan bahan-bahan yang lain. Gaul rata dan biarkan semua rasa bahan meresap dalam kerang sebelum di makan.

 

RESEPI KERABU KERANG THAI  

Sebut pasal kerabu. Kerang ni juga boleh di makan dengan campuran hirisan manga mudah yang masam. Fuhh! Memang kecur biur dibuatnya. Saya yang tengah menulis ni pun dah terliur nak makan. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan kat bawah ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 kg kerang
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula kabung
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • 4 biji limau nipis
  • 3 tomato (dipotong)
  • 1 btg carrot (di potong halus memanjang )
  • 2 ulas bawang merah (dihiris nipis)
  • 5 biji cili api (ditumbuk)
  • 1 sudu teh serbuk perasa

CARA PENYEDIAAN KERABU KERANG THAI :

▶️ Basuh dan rebus kerang dengan 1 sudu kecil garam.

▶️ Buang air rebusan kerang dan segera letak ais atau air sejuk dari peti ais untuk elakkan kerang jadi kecut. Itupun antara tips untuk kerang nampak segar. Buang sebelah cengkerang dan gunakan sebelah lagi yang ada isi untuk dibuat kerabu.

▶️ Satukan air asam jawa, cili api yang ditumbuk, sos ikan, tomato, serbuk perasa dan air gula kabung dalam bekas yang sesuai.

▶️ Gaulkan bersama kerang sehingga mesra.

▶️ Akhir sekali perahkan limau kasturi. Campurkan sekali kulit limau, bawang merah, carrot, daun ketumbar dan gaul hingga sebati.

▶️ Siap dan sedia untuk dinikmati.

 

BACA JUGA : Cara Buat Kuih Tepung Pasung Atau Kuih Serunai Untuk Minum Petang. Mudah Dan Pastinya Sedap! 

 

Pedas, masin, manis dan masam boleh adjust ikut selera masing-masing. Lagi pedas, lagi sedap tau! Sambil makan kerang, korang boleh cicah lagi dengan kuahnya. Fuh! Sepinggan penuh pun tak cukup makan sorang. Jangan lupa beli kerang fresh ye, barulah rasa nikmat nak makan nanti.

Ada yang kata, kerang ni juga membantu dalam proses penurunan berat badan tau. Sesuai untuk korang yang tengah amalkan diet. Nak mudah makan kerang ni, korang buka siąp-siąp dan buang sebelah cengkerang yang tidak melekat isi. Takde lah gaduh nak membuka dan makan nanti.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Fia Sofia kerana sudi berkongsi resepi kerabu kerang Thai yang letops ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open