Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Kuih Talam Serimuka Pandan Versi Hijau Tebal. Serious Sedap Weh!

0 296

Kuih talam ni tengah trending kat medsos asbab Sajat masak secara live kat TT baru-baru ni. Sebak tengok dia makan sambil nangis. Tentu dia rindukan seseorang kat Malaysia kan. Orang Malaysia pulak siap bantu dia and ajar macam mana cara nak masak kuih talam serimuka ni masa live. Alhamdulillah, lepas juga craving sajat makan kuih ni.

Semua orang tahu kuih ni antara kuih tradisional orang Melayu yang ramai penggemarnya. Mak-mak kita zaman dulu, mesti buat kuih ni bila ada kenduri kendara. Lagi banyak kuih jenis kukus banding kuih goreng-goreng. Patutlah orang dulu sihat-sihat belaka.

Aku terjumpa satu resepi kuih talam serimuka pandan ni. Yang follow resepi ni confirm menjadi. Resepi anti gagal katanya. Rekomen sangat untuk korang yang baru nak try buat kuih ni. Confirm menjadi punya lah. Tak cuba mana nak tahu kan.

Resepi ni telah dikongsikan oleh Cik Puan Mariana Zainal melalui laman sosial Facebooknya. Ramai tau yang share resepi ni. Walaupun sebenarnya resepi ni dah berzaman-zaman lamanya. Pesanan untuk yang follow resepi ni, kena ikut sebijik-sebijik. Jangan curang ye.

Texturenya sangat lembut. Cukup rasa manis, masin dan berlemak. Boleh la buat waktu cuti nanti. Untuk minum petang keluarga. Boleh bagi try jiran sebelah rasa juga kuih talam korang buat ni.

RESEPI KUIH TALAM SERIMUKA PANDAN VERSI HIJAU TEBAL

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan yang diperlukan dalam penyediaan kuih talam serimuka pandan ni. Resepi ni versi hijau tebal ye. Memang puas makan la lapisan hijau dia.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan bahagian bawah (Lapisan Pulut) :
  • 1 1/4 cawan beras pulut (basuh dan toskan)
  • 1 1/2 cawan santan sederhana cair
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 helai daun pandan (carik dan simpulkan)

 

Bahan bahagian atas (Lapisan Pandan) :
  • 3 cawan santan sederhana pekat
  • Kisar bersama 5-6 helai daun pandan dan secubit jintan manis (Sikit je tau! Tak nak letak pun takpe. Pastikan cukup 3 cawan selepas ditapis)
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 3 biji telur gred A
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar membukit tepung kastard
  • 1 cawan tepung gandum dan tambah lagi 1 sudu besar tepung gandum (Guna brand Baker’s Choice dan Sauh sahaja)
  • Sedikit pewarna hijau epal

CARA PENYEDIAAN KUIH TALAM SERIMUKA PANDAN VERSI HIJAU TEBAL :
Cara penyediaan lapisan pulut :

▶️ Panaskan air kukusan hingga mendidih.

▶️ Sapu minyak pada loyang saiz 8×8 dan lapik plastik.

▶️ Masukan semua bahan dan kukus selama 25-30minit guna api besar.

▶️ Dah siap buang daun pandan, biarkan sekejap 5-10 minit lepastu tekan-tekan dan bagi padatkan.

Cara penyediaan lapisan pandan :

▶️ Satukan semua bahan dan tapiskan ke dalam periuk.

▶️ Kacau sebati guna whisk. Kemudian, masak sekejap atas api perlahan sambil kacau guna whisk hingga naik wap (sekadar periuk tu dah rasa panas jer, jangan lama)

▶️ Tuang 1 atau 2 senduk atas pulut (follow video dalam FB) dan kukus selama 7 minit-10 minit api sederhana perlahan.

(Jika nak tuang semua adunan hijau terus ke atas pulut pun boleh lagi mudah)

▶️ Buka tudung kukusan dan cucuk-cucuk garfu semua permukaan hijau dan tuang baki adunan hijau lagi.

▶️ Teruskan mengukus selama 25-30minit.

▶️ Setiap 7-10 minit buka tudung kukusan, lap bawah tudung dan teruskan mengukus. Ulang hingga siap.

▶️ Apabila dah cukup masa buka tudung kukusan, biarkan terdedah dan teruskan mengukus guna api besar selama 5 minit.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Cara Paling Mudah Buat Puding Karamel. Guna Blender Je Terus Siap. Sedap Makan Sejuk-Sejuk Tau!

 

Pastikan serimuka dah betul-betul sejuk baru potong ye. Guna pisau plastik atau pisau biasa yang dibalut dengan plastik. Barulah cantik bentuk kuih yang di potong nanti.

Mudah je kan! Rasa rugi pulak tak belajar dengan armah nenek aku dulu. Kuih serimuka dia tak boleh nak lupa sampai sekarang. Memang sedap!

Terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Mariana Zainal kerana sudi berkongsi resepi kuih talam serimuka pandan ni. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Kena share resepi ni dekat anak-anak. Supaya tak ditelan zaman. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open