Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sos Black Pepper Viral Yang Mabeless. Mudah Sangat Nak Buat, Rasanya Pun Tak Muak!
Pernah cuba tak resepi sos black pepper viral kat Facebook tu? Nak makan dengan daging dan ayam bakar sedap sangat! Boleh termimpi-mimpi dibuatnya. Nak buat sos black pepper ni pun senang je. Kalau nak tahu resepinya follow je disini.
Yang pernah cuba resepi ni akan akui keenakannya. Tak muak dimakan dan ngam dengan citarasa. Sos black pepper ini juga dihidang dengan cheese. Sebab tu nampak pekat dan kuahnya juga nampak cantik.
Untuk penggunaan kicap pula, anda boleh gunakan kicap lemak manis untuk mencantikkan warna sos. Jangan guna kicap masin ye. Hilang sedap resepi ni nanti. Lepas cuba mesti syok sendiri sebab dapat makan sos black pepper sesedap ini.
Resepi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Afy AL Habibi. Beliau pernah share resepi ini dulu dan viral sampaikan 13k share di Facebook. Yang ada plan nak masak daging bakar, apa kata matchkan dengan sos ni.
Anda juga boleh mempelbagaikan hidangn sos black pepper ini. Contohnya dimakan dengan lamb chop. Marvellous rasanya! Cuma nak ingatkan resepi ni menggunakan sos spaghetti keju yang warna kuning. Jangan salah beli pula tau.
RESEPI SOS BLACK PEPPER VIRAL
Tanpa melengahkan lagi masa anda. Apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya. Kalau nak makan hidangan western, inilah sos black pepper yang anda cari!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 3/4 sudu besar planta
- 1 ulas bwg putih (diracik halus)
- 1tin sos spageti keju
- 1 cwn air suam
- 1 sd bsr serbuk keju (jual dikedai bakeri)
- 1/2 sudip kicap Jalen lemak manis
- 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar
- 3/4 sudu kecil gula (letak sedikit demi sedikit)
CARA PENYEDIAAN SOS BLACK PEPPER VIRAL :
▶️ Panaskan 3/4 sudu besar planta dalam api kecil sahaja.
▶️ Masukkan 1 ulas bawang putih yang telah diracik halus. Tumis sehingga naik bau.
▶️ Masukkan 1 tin sos spageti keju. Pilih yang botol kuning seperti dalam gambar. Saiz tin paling kecil.
▶️ Tambahkan air suam 1 cawan atau lebihkan jika pekat.
▶️ Masukkan 1 sudu besar serbuk cheese. Bahan optional, kalau ada lagi sedap.
▶️ Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemak manis. Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna yang anda suka.
▶️ Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam yang dikisar.
▶️ Juga masukkan 3/4 sudu kecil gula. Boleh masuk sedikit demi sedikit untuk langkah selamat. Kacau sebati.
▶️ Tutup api setelah semua rasa sebati. Siap!
BACA JUGA: Resepi Wadai Kipeng Simple Untuk Minum Petang. Menu Sedap Orang Banjar Yang Anda Kena Cuba!
Bila siap semuanya, bolehlah dihidangkan dengan ayam, daging dan kambing panggang! Resepi cikgu afy ini memang sedap sangat! Nak tahu sedap ke tidak kenalah cuba. Macam makan sos black pepper kat kedai western.
Banyak sangat resepi sos black pepper kat media sosial. Nak pilih yang mana satu paling sedap, kena tengok pada bahan-bahan yang digunakan. Dan yang paling penting baca feedback orang-orang yang dah cuba resepi tu.
Terbukti resepi sos black pepper viral cikgu afy ini sangat sedap. Rasanya dah beberapa kali juga beliau share resepi ni, dan masih mendapat sambutan ramai pengguna facebook. Semoga resepi ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!