Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Solok Lada Kelantan Yang Padu Dan Buat Anda Terangkat. Sedap Gile, Rugi Tak Cuba!

0 1,544

Resepi solok lada adalah makanan tradisional juga merupakan hidangan istimewa yang cukup terkenal di Kelantan dan Terengganu. Ianya juga dikenali sebagai lada sumbat yang sering kali dimakan bersama nasi kerabu.

Solok lada dibuat daripada lada hijau yang dibelah dan disumbat dengan inti yang diperbuat daripada kelapa parut, isi ikan, dan santan. Buat mereka yang menggemari nasi kerabu, solok lada adalah hidangan yang wajib ada dalam nasi kerabu.

Tanpa solok lada mesti rasa tak syok nak makan nasi kerabu kan. Pernah dengar tak, untuk dapatkan solok lada yang tak hangit dan masak dengan cantik, bahagian dasar periuk perlu dialas kubis ataupun kacang panjang. Satu ilmu ni.

Nak dapat solok lada yang padu dan gemuk berisi, jom kita follow resepi yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Aishah Toke Kek. Lepas ni confirm dapat solok lada yang tak kurus lagi.

Sesetengah orang, puasa pertama je mesti buat solok lada ni sebagai juadah berbuka puasa. Rasanya yang masin-masin manis memang amat digemari ramai. Tak manis memang bukan namanya resepi Terengganu dan Kelantan lah kan.

 

RESEPI SOLOK LADA

Dengan resepi ini, anda sudah pasti dapat hasilkan solok lada padu dan penuh dengan inti. Memang puas hati! Jom follow cara penyediaan resepi ini. Boleh buat untuk hidangan berbuka puasa nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 20 biji Lada solok
  • 12 ekor Ikan selayang
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • Kelapa parut putih RM3
  • 150ml Santan untuk merebus solok lada.

CARA PENYEDIAAN SOLOK LADA :

▶️ Ambil isi ikan mentah yang di buang tulang.

▶️ Belah memanjang lada dan buang biji.

▶️ Tumbuk bawang dan halia sehingga lumat. Bila dah lumat masukkan isi ikan mentah dan tumbuk lagi. Kemudian, masukkan pula kelapa parut. Tumbuk sehingga semua bahan lumat.

▶️ Perasakan dengan garam dan gula.

▶️ Sumbat bahan inti ke dalam lada.

▶️ Rebus solok lada dengan sedikit santan. Bahagian dasar periuk jangan lupa alas dengan kubis atau kacang panjang untuk elakkan solok hangit.

▶️ Rebus sehingga santan kering. Dah siap.

 

BACA JUGA: Cara Mudah Buat Puding Gula Hangus. Sedap Sangat Dimakan Sejuk-Sejuk!

 

Siap untuk dihidang! Wah penuh lada ni dengan ini. Puas gile nak makan. Lepas ni tak perlu tunggu nak ke kelantan lagi. Resepi solok lada kelantan pun dah ada, boleh buat sendiri kat rumah.

Buat lah sebanyak mana korang nak buat. Boleh bagi jiran sebelah rasa solok lada kelantan yang padu ni. Makan pula dengan nasi kerabu, memang power gila.

Semoga resepi solok lada tau lada sumbat ini bermanfaat buat anda semua. Nak tahu keenakannya, wajib ada kerajinan buat hidangan ni. Mudah je. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open