Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Nasi Cupcake Yang Simple Dan Sedap. Sekali Resepi Untuk Baby Bawah Satu Tahun!

0 241

Resepi nasi cupcake merupakan kudapan yang sangat simple dan pastinya sedap. Boleh dihidang untuk semua peringkat umur, termasuk baby yang berumur bawah 1 tahun. Cupcake ini menggunakan nasi sebagai bahan utamanya.

Terdapat banyak resepi cupcake yang viral dan menjadi kegilaan ramai. Bila ada majlis hari jadi atau aqiqah anak-anak, cupcake menjadi salah satu pemanis mulut yang dihidang buat tetamu yang datang berkunjung kerumah.

Perisanya dan juga toppingnya boleh dipelbagaikan. Cupcake merupakan kek kecil yang juga dekenali sebagai muffin. Kek kecil ini sesuai dihidang untuk satu orang untuk setiap satu cupcake. Senang kata cupcake merupakan hidangan yang bersaiz individu.

Resepi nasi cupcake ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Bella Nabila. Menurut beliau ramai yang telah meminta beliau berkongsikan resepi makanan baru untuk anak-anak. Dengan itu terciptalah resepi ini.

Anak-anak yang tak sihat dan tak selera nak makan nasi, boleh dihidangkan nasi cupcake ini. Pasti mereka suka. Tak susah pun nak buatnya. Campurkan nasi dengan bahan-bahan masakan lain dan dibakar menggunakan oven.

 

RESEPI NASI CUPCAKE

Kalau nak guna air fryer pun boleh juga, lebih memudahkan anda. Beliau juga turut berkongsi bahan-bahan yang perlu digunakan untuk nasi cupcake baby yang berumur bawah daripada 1 tahun. Jom kita lihat bahan-bahannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Nasi putih
  • Butter
  • Serbuk lada sulah
  • Isi ikan/ayam (yang dah siap digoreng/ kukus)
  • Susu kotak
  • 1biji telur
  • Cheddar cheese
  • Sedikit garam

 

Bahan nasi cup cake untuk baby :
  • Nasi putih
  • Unsalted butter
  • Serbuk lada sulah
  • Isi ikan/ayam (yang sudah digoreng/ kukus)
  • Fresh milk
  • 1biji telur
  • Cheese block (bega)
  • Sedikit serbuk bilis (pengganti garam)

CARA PENYEDIAAN NASI CUPCAKE :

▶️ Gaul nasi putih dengan butter dan isi ikan atau ayam.

▶️ Pukul telur dan campur dalam susu, kacau sebati.

▶️ Masukkan nasi yang dah digaul tadi kedalam cup, tuang pula susu yang dah dicampur telur tadi.

▶️ Kemudian, tabur cheese parut.

▶️ Panaskan oven 160C selama 10 minit. Dan bakar selama 20 minit.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Original Ayam Percik Merecik. Step By Step Yang Mudah Untuk Anda Follow!

 

Bolehlah dihidangkan buat anak-anak anda. Walaupun menggunakan bahan yang berlainan dengan baby bawah 1 tahun, tapi cara penyediaannya sama je. Teksturnya juga lembut dan wangi seperti cupcake yang lain.

Banyak kegunaan nasi ni. Kalau lebihan nasi makan malam tak basi, pagi-pagi tu boleh buat nasi cupcake. Selain itu, banyak lagi resepi yang boleh digunakan dengan nasi dan disukai anak-anak anda contohnya apam nasi.

Ibu-ibu yang risau anak malas nak makan nasi, boleh cuba resepi ini. At least, kita ada inisiatif untuk tarik perhatian anak makan nasi setiap hari. Semoga resepi nasi cupcake ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open