Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Red Pearl Cookies Yang Merelap Relip. Confirm Sedap Dan Nak Buat Raya Nanti!
Pejam celik, pejam celik tak lama lagi nak puasa. Lepas tu raya pulak. Masing-masing dok pikir nak buat kuih raya apa pulak tahun 2024 ni. Kumpul resepi awal-awal takde la kalut kan. Jom kita tengok resepi red pearl cookies ni. Merelap relip weh cookies ni.
Resepi ni dah keluar tahun 2022 lagi. Tapi mesti ramai yang tak pernah cuba lagi kan. Try la korang buat red pearl cookies ni. Confirm korang suka. Red pearl ni sebenarnya menggunakan buah cherry merah sebagai hiasan. Auto cantik cookies ni.
Cookies yang biasa kita buat tak pernah letak hiasan dibahagian atasnya. Kali ni memang kita nak buat kelainan sikit. Korang yang selalu buat cookies time raya, kena cuba resepi ni. Boleh try buat dulu, raya nanti dah tahu rasa dia sedap ke tak.
Cookies ni dibuat menggunakan cornflakes dan choc chip. Kuantiti ikut selera masing-masing. Nak buat red pearl cookies ni pun tak susah mana. Orang yang tak reti baking pun boleh buat tau. Cookies rasa macam ni tak jumpa kat Famous Amos ye.
Kalau nak makan, kena la buat sendiri kat rumah. Follow je resepi red pearl cookies yang dikongsikan oleh Cik Puan Nurul Atikah Abu Hassan. Jumpa resepi ni kat Facebook petang tadi. Terus rasa nak share kat korang untuk koleksi resepi.
RESEPI RED PEARL COOKIES
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan red pearl cookies ni. Bahan-bahan dan step penyediaanya seperti dibawah. No more acuan nak buat cookies ni ye. Sama macam cookies biasa.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 150g pure butter
- 150g tepung gandum
- 75g gula kastor
- 70gram cornflakes
- Choc chip (kuantiti ikut selera)
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar tepung beras
- 1 sudu teh esen vanila
- Cherry merah sebagai hiasan
CARA PENYEDIAAN RED PEARL COOKIES :
▶️ Pukul butter dan gula agak-agak sebati je.
▶️ Masukkan esen vanila dan campur semua jenis tepung. Kacau sebati dan masukkan choc cip dan cornflakes.
▶️ Adunan siap boleh susun atas tray. Sukat saiz cookies ni guna sudu kecik je.
▶️ Kemudian, hias atas cookies dengan cherry merah yang dipotong-potong kecil.
▶️ Bakar 20 minit dengan suhu 170 darjah. Siap!
BACA JUGA : Resepi Bihun Goreng Tom Yum Ala Kedai Siam. Confirm Sedap Dan Bertambah-Tambah Dibuatnya!
Kalau ikut sukatan resepi ni, korang akan dapat hasilkan hampir 100pcs cookies. Boleh try buat dulu cuti raya cina nanti. Buat untuk kudapan kat rumah sambil layan movie. Tetamu datang pun boleh hidang cookies ni. Confirm tetamu korang suka.
Bila cookies dah sejuk, masukkan dalam bekas kebap udara. Takde la cookies korang masuk angin pulak nanti. Kena tutup rapat nanti cik semut pulak yang berpesta. Tak rugi tau korang cuba buat cookies ni kat rumah. Memang ramai kata sedap!
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nurul Atikah Abu Hassan kerana sudi berkongsi resepi red pearl cookies yang merelap relip ini di di Facebook. Semoga perkongsian resepi ni bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!