Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Kerepek Batang Pisang Yang Rangup Dan Crispy! Resepi Unik Tapi Memang Terangkat!
Ada yang pernah dengar nama biskut batang pisang? Kalau biskut batang buruk tu pernah lah kan. Tapi kali ni memang betul- betul gunakan batang pisang.
Dalam sebatang pokok pisang, semua bahagian ada manfaat dan boleh dimakan. Buah pisangnya, jantung pisang dibuat kerabu, daun pisang boleh dibuat balut makanan nasi lemak, lepat dan sebagainya. Batang pisang pun ada manfaatnya.
Tak ramai yang tahu sebenarnya kerepek batang pisang ni. Orang-orang tua dulu pun ada yang tak tahu resepi ni. Jom saya kongsikan macam mana nak buat kerepek batang pisang ni. Tapi serious sedap rangup betul rasa dia.
Nak-nak lagi kita goreng gunakan tepung bestari. Rasa dia memang marvellous rangup! Terima kasih kepada Cik Puan Huda Husin yang kongsikan macam mana nak buat krepeka batang pisang ni.
RESEPI KEREPEK BATANG PISANG
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- Batang pisang
- Tepung Bestari
- Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN KEREPEK BATANG PISANG :
▶ Mula-mula sekali, ambik batang pisang dari belakang rumah atau tepi rumah. Kalau rumah kampung memang senang nak dapatkan batang pisang ni.
▶ Kemudian, sediakan air dalam besen. Hiris nipis batang pisang dan rendamkan dalam besen berisi air tersebut. Saiz Panjang terpulang kepada kita.
▶ Siapkan tepung bestari dalam pinggan atau bekas. Senang untuk kita balikkan-balikkan batang pisang kita. Boleh guna tepung yang original atau spicy jika suka pedas.
BACA JUGA: Resepi Budu Goreng Makanan Pior Negeri Kelantan. Sekali Jer Cuba Tapi Rasa Dia Memang Marvellous!
▶ Ambik batang pisang tadi, toskan sekejap dan golekkan dalam tepung bestari.
▶ Sementara tu, panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Goreng sekejap je dah rangup.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
First time kan dengar nama biskut batang pisang ni. Bukan bahan-bahan yang mudah nak dapat, tapi nak goreng pun tersangatlah senang. Yang mana baru nak cuba, boleh follow je resepi yang saya kongsikan ni.
Serious sedap dan menjadi rebutan lah anak-anak. Kalau nak buat biskut batang pisang ni, tak boleh buat sikit. Confirm tak sedar habis makan sambal tengok tv.
Share dulu resepi kerepek batang pisang ni dekat wall facebook masing-masing. Senang nanti kita nak rujuk, dan boleh buat bila-bila nanti. Dan semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua.
Saya ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu selera!