Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Terung Bakar Air Asam Lemak. Cukup Rasa Manis, Masam, Pedas Dan Berlemak. Wajib Cuba!
Resepi terung bakar air asam lemak ni pernah viral. Cara memasak terung bakar pula ada berbagai versi. Tapi konsep yang sama digunakan iaitu membakar terung. Terung ini perlu bakar diatas dapur gas sahaja.
Terung juga antara makanan yang ada khasiatnya. Terung merupakan sayuran berwarna ungu yang mempunyai kandungan nutrisi luar biasa. Di dalam terung terkandung kalsium, mineral, kaya serat, bioflavonoid serta vitamin K.
Ha, siapa sangka kan banyak khasiat terung ni. Terung juga boleh dimasak dengan pelbagai cara antaranya bakar, gulai, kari, goreng dan macam-macam lagi.
Terima kasih pada Cik Puan Arieza Rieza, kerana sudi berkongsi resepi terung bakar air asam ini. Langkah memasak dah ada, cuma perlu ikut sahaja.
Orang kata makan terung bakar air asam dengan nasi putih panas-panas boleh bertambah-tambah nasi. Hilang diet dibuatnya.
RESEPI TERUNG BAKAR AIR ASAM LEMAK
Bahan memasak terung bakar air asam lemak ni sangat simple. Mesti ada yang da rasa terliurkan nak makan resepi ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Terung (dibakar)
- 2 biji cili besar
- 2 biji cili padi
- Belacan (tumbuk kasar)
- Santan
- Perahan limau
- Garam
- Gula
- Bawang besar (dihiris nipis)
CARA PENYEDIAAN TERUNG BAKAR AIR ASAM :
▶️ Bakar terung hingga hitam, jangan risau bakar sampai hitam lagi sedap.
▶️ Buang kulit terung. Kalau tak buang, pahit pula nanti.
▶️ Tumbuk kasar cili padi, cili besar dan belacan. Kemudian asingkan dalam mangkuk kecil.
▶️ Masukkan terung, santan, bawang besar, cili padi potong dan perahan limau. Letakkan sedikit perasa garam dan gula. kemudian gaul sehingga sebati.
▶️ Rasa dah ok, bolehlah dihidang.
BACA JUGA: Resepi Bebola Kentang Cheese Leleh Homemade. Rangup Diluar Lembut Didalam. Rugi Tak Cuba!
Siap! Siapa kata masak terung bakar air asam lemak ni susah? Senang je. Hanya perlu bakar terung dan bahan lain campus-campurkan sahaja. Resepi ini dinamakan air asam lemak kerana pengunaan santan dan perahan limau.
Mesti ada yang tertanya kenapa tak pakai air asam kan? kalau ikut resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Arieza Rieza, anda cuma perlu guna perahan limau je untuk membuat sos terung itu menjadi masam.
Resepi terung bakar air asam lemak ni dah ada. Rasa terliur tak nak mencubanya? Semoga bermanfaat resepi ini kepada kita semua. Selamat mencuba dań selamat menjamu selera!