Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Puding Tutti Fruity Warna Warni Dan Confirm Sedap. Sesuai Makan Time Musim Panas Merelit!
Nah, resepi puding tutti fruity untuk korang. Ada filling kiwi, blueberry dan manggo. Selain rupa puding ni yang lawa dan warna-warni, rasa dia pun sedap. Korang try la buat kat rumah nanti. Sesuai makan time musim panas merelit sekarang ni.
Kat tempat aku tengah viral orang buat vendor makanan RM3. Yang jual puding tutti fruity ni pun ada. Pening mikir, macam mana dia boleh jual puding tutti fruity dengan harga RM3 je. Struggle jugak kan kehidupan zaman sekarang ni.
Puding ni sesuai jugak buat dessert bila ada majlis jamuan. Boleh buat potluck anak-anak ke sekolah untuk jamuan raya tahun ni. Confirm laju je habis. Anak-anak bukan main suka lagi makan puding tutti fruity ni. Cikgu lagi suka dari murid tau.
Resepi puding tutti fruity ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Noor Faezah. Boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam peti. Bebila nak sejukkan tekak, boleh la ambil puding ni kat dalam peti. Lega rasa tekak ni weh!
Nak buat puding tutti fruity ni tak susah mana pun. Korang boleh letak apa je filling buah yang korang suka. Sesuai letak filling buah yang masam-masam manis. Macam mangga, anggur dan lain-lain. Terpulang ikut citarasa masing-masing.
RESEPI PUDING TUTTI FRUITY
Kalau ikut satu adunan ni, korang akan dapat tutti fruity dalam 25-30 bekas. Banyak jugak kan. So tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan puding ni. Step atau cara buatnya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 10g serbuk agar-agar (warna plain)*
- 1 tin susu cair*
- 3 tin air*
- 1 tin susu full cream*
- 1 tin susu pekat*
- 2 sudu tepung kastard*
- 1 sudu essen vanila*
- 1 cawan gula pasir* (optional)
- Filling kiwi, blueberry & manggo (boleh beli dekat kedai bahan kek)
CARA PENYEDIAAN PUDING TUTTI FRUITY :
▶️ Lorekkan filling pada tepi bekas acuan. (Cara lorek tu ada pada komen di Facebook) lepastu biarkan.
▶️ Masukkan semua bahan ( * ) dan masak atas api sederhana hingga mendidih dan sejukkan.
▶️ Selepas sejuk, curah dalam bekas acuan yang telah dilorekkan filling tadi.
▶️ Biarkan seketika dan boleh simpan dalam peti sejuk. Sedia untuk dimakan selepas sejuk.
BACA JUGA : Resepi Roti Telur Sardin Viral Yang Mudah Dan Sedap. Sesuai Untuk Breakfast Dan Minum Petang!
Take note ye, kalau nak lebih cantik, boleh lorekkan lagi filling pada atas permukaan agar-agar tadi selepas agar-agar keras. Hasil dia lagi cantik dari yang ni. Lorekkan kalau korang nak buat puding ni untuk niaga atau hidangan jamuan.
Musim-musim panas macam ni, perlu ada manisan tersedia dalam peti seperti puding. Kalau dah rasa badan lemau sebab cuaca panas, boleh sejukkan tekak dengan puding ni. Tak nak letak gula pun boleh ye. Manis susu cair dah cukup.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Noor Faezah kerana sudi berkongsi resepi puding tutti fruity yang cantik dan sedap ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!