Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kari Ayam Bangladesh Campur Sayur Bendi. Simple Tapi Sedap Sangat Lauk Ni!

0 83

Asal jumpa resepi viral je, mesti nak cuba kan. Ha, kali ni apa kata kita try resepi kari ayam Bangladesh pulak. Campur dengan sayur bendi lagi sedap tau. Dah tak perlu nak masak sayur asing lagi. Jimat masa, jimat tenaga.

Masak kari Bangladesh ni takde tumis-tumis. Sangat senang ye! Prepare je semua bahan-bahan masuk dalam periuk. Buka api, haa biar je dia dalam periuk tu. Hasilnya not bad, sedap jugak. Makan dengan roti pun sedap!

Ada banyak cara masak kari kita boleh cuba. Kari yang biasa kita makan pulak dah semestinya kari Melayu dan kari kat kedai Mamak kan. Kali ni apa salahnya kita try pulak kari Bangladesh pulak. Yang suka makan kari, mesti suka lauk ni.

Masak lauk ni memang jimat masa. Dah tak perlu nak masak sayur lagi. Selain guna sayur bendi, korang nak campur sayur terung dalam kari ayam ni pun boleh. Terpulang ikut citarasa masing-masing. Yang mana korang suka.

Resepi kari ayam Bangladesh ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Siti Syalfinaz. Tengok kat gambar je pun dah nampak sedap kari ayam versi Bangladesh ni. Cara masak pun tersangatlah mudah.

 

RESEPI KARI AYAM BANGLADESH

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan kari ayam Bangladesh kita ni. Bahan-bahan dan step memasaknya seperti dibawah.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Ayam
  • 2 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 4-5 biji cili api merah*
  • 3 biji cili besar*
  • Seinci halia*
  • 1 sudu kecik Jintan putih*
(Bahan-bahan bertanda * ditumbuk atau blend kasar)

 

Bahan-bahan lain :  
  • Sebatang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga (optional)
  • 4 sudu besar rempah kari daging/ayam
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 2 biji bawang besar (dihiris kasar-kasar)
  • 1 senduk kecil minyak masak
  • 1 cawan air (ikut kuantiti kuah yang kita nak)
  • Garam
  • Gula
  • 1 kiub ayam
  • 5 biji kentang (dipotong besar-besar)
  • Tomato
  • Bendi
  • Santan (optional)

CARA PENYEDIAAN KARI AYAM BANGLADESH : 

▶️ Masukkan ke semua bahan-bahan termasuk ayam & kentang di dalam bekas.

▶️ Gaul semua bahan-bahan tersebut hingga sebati.

▶️ Kemudian, masukkan bahan-bahan yang digaul tadi ke dalam periuk.

▶️ Buka api kemudian masak sehingga pecah minyak. Seeloknya tutup periuk tu.

▶️ Bila nampak dah pecah minyak, boleh masukkan air & semua bahan perasa.

▶️ Resepi asal, tak letak santan tapi boleh letak sikit.

▶️ Last sekali, masukkan tomato dan tutup api. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Roti Golok Shortcut Guna Roti Gardenia. Sesuai Untuk Korang Yang Tak Reti Baking!

 

Dah siap pun lauk kari ayam versi Bangladesh ni. Boleh tahan sedap jugak ye kari Bangladesh ni. Boleh masak lauk ni untuk makan tengahari dan makan malam. Kuah kari ni, korang nak letak sedikit santan pun boleh.

Kalau ikutkan, resepi kari ayam Bangladesh ni tak letak santan. Tapi kita boleh je modify resepi ni dan letak sedikit santan. Ala-ala kari Melayu gitu. Kalau nak rasa kari ayam original Bangladesh, ha mangan buh santan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Siti Syalfinaz kerana sudi berkongsi resepi kari ayam Bangladesh campur sayur bendi ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open