Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Scone Dessert Ala English Untuk Minum Petang. Senang Nak Buat Tekap Pakai Cawan Je
Scone tu apa? Ramai yang tak tahu apa itu scone dan macam mana rasa dia. Ala, scone ni dia sejenis makanan simple macam kek roti tapi ada satu jenis makanan macam ni nama dia scone.
Resepi ni simple je nak buat dan rasa dia not bad. Memang sesuai lah nak buat untuk makan petang sambal minum hot chocolate feeling ala-ala omputih tu kan. Dekat Cameron Highland mudah kita nak dapat scone ni.
Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Umie Hayati ni nampak mudah dan senang nak buat. Ada yang sharekan, dah buat dan menjadi. Sekali buat pun boleh dapat yang sedap!
RESEPI SCONE
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 115 gram mentega (sejuk)
- 2 ½ cawan tepung naik sendiri
- 1 cawan krim @ susu segar
CARA PENYEDIAAN SCONE :
▶ Mula-mula gaulkan tepung bersama mentega. Gaulkan sebati sehingga jadi macam serbuk roti.
▶ Kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh dan tak lembik.
▶ Canaikan doh tipis sikit. Lepas tu lipat macam korang lipat baju tu. Uli balik doh dan ikut canai lagi. Buat sampai dah nipis. (jangan terlalu nipis ye)
▶ Sekarang boleh terap doh guna acuan bulat. Jangan risau kalau tak ada acuan, boleh bulat-bulatkan guna permukaan cawan atau guna tangan je senang.
▶ Susun di atas dulang pembakar, tak payah nak jarakkan sangat pon tak apa. Sapu permukaan scone dengan telur yang dicampur dengan sedikit susu segar.
▶ Bakar pada suhu 250° c selama 15 minit atau sehingga bahagian atas keperang-perangan. Jangan bakar sampai garing pulak ye nanti keras kejung scone tu nanti.
BACA JUGA: Aneka Resepi Puff Untuk Hidangan Petang. Nak Buat Jer Dan Mudah Semua Orang Suka!
Makan panas-panas lagi sedap. Hidangkan bersama jem strawberi, sedikit butter dan krim putar. Makan dengan coklat atau jem buah-buahan lain pun boleh, ikut citarasa masing-masinglah ye.
Dapat lah kita merasa makan dessert ala English ni. Sedap juga rasanya dan boleh buat lagi sekiranya nak variasikan minum petang kita dengan keluarga.
Kalau anak-anak kita yang susah nak makan nasi, boleh buat makanan yang berasaskan tepung supaya mereka kenyang dengan makanan berkarbo dan kita pun gembira.
Selamat mencuba ye!