Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos Yang Simple Dan Sedap Sangat. Follow Je Step By Step, Confirm Menjadi!
Sebut je cookies Famous Amos, siapa yang tak terliur kan. Bila lalu je kat kedai, terus menusuk kehidung bau wanginya. Kalau nak jimat, apa kata anda cuba buat sendiri di rumah. Nak buat sekali untuk raya ni pun boleh. Jom follow resepi biskut chocolate chip ala Famous Amos kat sini.
Resepi ni simple sangat. Pakai senduk je kalau nak kacau bagi sebati semua bahan. Kemudian, cubit-cubit pakai tangan dan bakar! Senang kan! Boleh ajak anak-anak buat sekali. Seronok mereka.
Cookies ni biasanya di buat kudapan atau cekedut je time tengok movie. Kalau ngam dengan tekak, tak habis 1 movie lagi, cookies sebalang dah habis. Dapat kat anak-anak lagi lah. Boleh berebut dibuatnya.
So, apa kata semua penggemar cookies Famous Amos cuba resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Myra Chaqkey. Belum cuba dah terbayang rasanya yang rapuh dan crunchy tu. Huh! Rugi tak cuba.
Kalau ikut resepi ni, memang senang sangat. Semuanya pakai gaul macam tu je. Tak perlu mixer pun. Dan hasilnya tentu puas hati! Manisnya pun sedang-sedang dan ada juga pahit-pahit cip coklat yang lazat.
RESEPI BISKUT CHOCOLATE CHIP ALA FAMOUS AMOS :
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya. Jangan lupa bahagikan bahan kepada dua bahagian ye, supaya lebih mudah proses penyediaan nanti.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :
- 250 gram Butter
- 1 1/4 cawan brown sugar
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 biji telur
Bahan B :
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 6 sudu besar minyak
- 2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)*
CARA PENYEDIAAN RESEPI COOKIES ALA FAMOUS AMOS :
▶️ Kacau rata semua bahan A sehingga sebati.
▶️ Bila dah kacau, masukkan pula bahan B. Gaulkan dan kacau rata semua bahan B kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.
▶️ Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.
▶️ Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ye. Jangan takut.
▶️ Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.
▶️ Seterusnya, masukkan dalam oven dan bakar selama 20 minit pada suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.
▶️ Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya dah naik harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak.
BACA JUGA : Resepi Thai Dessert “Ruam Mitr” Yang Sedap Sangat! Penggemar Boba Wajib Cuba!
Siap! Yang dalam gambar di bawah ni Cik Puan Myra Chaqkey saja letak topping almond. Kalau kosong saja pun tak apa. Dah cukup sedap dah. Bila dah masak, beginilah hasilnya. Nampak sedap kan!
Rasa terus nak baham. Sabar, biarkan sejuk sikit. Nanti bolehlah makan atau simpan dalam bekas kedap udara. Mudah je rupanya nak buat biskut Famous Amos ni kan. Lain kali tak payah beli lagi. Dahlah jimat, dapat pula rasa air tangan sendiri. Memang special!
Akhir sekali, diucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Puan Myra Chaqkey kerana sudi berkongsi resepi biskut chocolate chip ala Famous Amos ini di Facebook. Ada banyak lagi resepi yang beliau turut kongsikan di wall Facebook milik beliau. Semoga ianya bemanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!