Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kek Cheese Lotus Biscoff Yang Paling Sedap. Mudah Sangat, Tak Perlu Oven, Tak Perlu Telur Dan Tak Perlu Bakar!

0 49

Serius sedap sangat kek cheese Lotus Biscoff ni. Siapa yang pernah makan kek cheese Lotus Biscoff ni mesti akan teringat-ingat. Jom ikuti perkongsiannya disini. Mudah je nak buat, tak perlu oven, tak perlu telur dan tak perlu bakar.

Tengah mood raya lagi ni bolehlah buat kek ni dirumah. Nak hidang untuk anak-anak, suami, adik beradik pasti mereka suka. Tak sebut tetamu ye, sebab tak boleh beraya macam biasa ye. Kan masih PKP.

Bahan utama yang wajib ada dalam resepi ini adalah biskut lotus biscoff. Mana-mana pasaraya ada je jual biskut ni. Kat Tesco pun ada jual. Bahagian tapak kek ini akan menggunakan gabungan biskut lotus yang dikisar halus dan butter yang dicairkan.

Untuk bahagian cream pula iaitu bahagian tengah adalah gabungan bahan seperti cheese, whipping cream, gula aising dan sapuan lotus biscoff. Manakalah bahagian topping pula juga menggunakan sapuan lotus bicoff dan tambahan kisaran biskut.

Sapuan lotus biscoff digunakan untuk mendapatkan rasa crunchy pada tekstur cream cheese. Rasanya tak akan muak. Dengan itu mari kita ikuti perkongsian lengkap dari Cik Puan Cek Yah. Ramai yang suka resepi ini, 27K share di Facebook beliau.

 

RESEPI LOTUS BISCOFF CHEESECAKE

Terima kasih diucapkan pada beliau kerana sudi berkongsi resepi ini di Facebook. Salah satu resepi yang paling mudah dan tak perlu menggunakan oven untuk bakar kek. Hasilnya memang buat anda puas hati!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan lapisan tapak cheesecake :
  • 20 keping (156gm) biskut lotus biscoff
  • 80gm butter (dicairkan)

 

Bahan cream cheese :
  • 500gm cream cheese (brand Tatura)
  • 250ml whipping cream (brand Anchor)
  • 1 1/2sb/ 25gm gula icing
  • 3sb/ 130gm sapuan lotus biscoff (jenis crunchy)

 

Bahan hiasan :
  • 5 keping/ 40gm biskut lotus biscoff
  • 3sb/ 130gm sapuan lotus biscoff (jenis smooth)

CARA PENYEDIAAN RESEPI KEK CHEESE LOTUS BISCOFF :
Cara penyediaan tapak :

▶️ Mula-mula cairkan dulu butter. Guna brand buttercup, timbang dulu 80gm.

▶️ Kemudian, cairkan butter samada panaskan atas api atau masukkan je dalam microwave. Dah cair biarkan butter hingga suam.

▶️ Kisar 20 keping biskut biscoff guna blender atau masukkan dalam plastik dan gelek sampai hancur.

▶️ Bila semua dah hancur elok, tuangkan butter yang kita dah cairkan tadi. Gaul bagi sekata.

▶️ Kemudian, masukkan dalam loyang dan tekan bagi padat untuk dapatkan tapak.  Boleh gunakan loyang bulat 8 inci.

▶️ Dah siap masukkan dalam peti ais sementara kita nak buat adunan cheesenya.

Cara penyediaan cream cheese :

▶️ Masukkan 500gm cream cheese dalam bekas yang mudah untuk mixer. Kemudian, lenyetkan cream cheese. Seeloknya keluarkan cheese ini lebih awal dari peti ais, takde lah susah sangat nak lenyekkan nanti.

▶️ Bila cream cheese dah sebati dan lembut elok, ketepikan sekejap.

▶️ Dalam bekas lain, masukkan 250ml whipping cream dan 1 1/2 sudu besar gula icing. Kemudian, putar sampai kental dan bertanduk.

▶️ Masukkan adunan whipping cream ke dalam adunam cream cheese.

▶️ Tambah 3sb sapuan biscoff yang ada crunchy.

▶️ Putar mixer sampai semua bahan tadi sebati.

▶️ Dah siap sebati, masukkan dalam loyang yang kita letak tapak biscoff dengan butter tadi.

▶️ Sapu rata permukaan dan masukkan dalam peti ais lebih kurang 4-5 jam barulah cantik dan mengeras.

▶️ Bila dah dekat 4-5 jam nak keluarkan cream cheese dari peti ais, barulah buat topping.

Cara penyediaan topping :  

▶️ 3 sb sapuan biscoff jenis smooth dipanaskan samada kaedah double boil atau masukkan je dalam microwave.

▶️ Adunan akan jadi cair. Tujuannya untuk lebih mudah masukkan dalam piping beg. Kalau takde piping beg guna sudu pun ok.

▶️ Keluarkan cheese cake dari peti ais. Dah beku dan cantik. Jadi cara nak mudahkan kek keluar elok ambil kain dan rendam dalam air panas sekejap. Kemudian, perah sikit dan lilit loyang dalam seminit.

▶️ Tekan je loyang ni ke bawah dan cantik je kek keluar nanti.

▶️ Ambil piping beg yang berisi sapuan biscoff tadi, deko ikut suka hati dibagaian topping. Tuangkan juga lebihan sapuan pada permukaan atas kek dan tutup bahagian cream cheese.

▶️ Taburkan kisaran biskut lotus biscoff. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Sambal Kacang Daging Special Untuk Raya. Lengkap Rasa Masam, Masin, Manis Dan Pedas!

 

Siap untuk dihidang! Nak gunakan resepi kek ni untuk sambutan hari jadi anak-anak pun boleh. Kalau beli kat luar mahal juga harga kek macam ni. Buat sendirikan lebih jimat. Siap semua simpan je dalam peti. Tak perlu bakar dan risau kek hangus.

Anak-anak antara penggemar kek. Apa saja jenis kek, pasti mereka suka. Lebih-lebih lagi coklat dan cheese. Untuk sapuan pula boleh gunakan satu jenis sapuan lotus biscoff tapi untuk digunaka dibahagian cream cheese, hasilnya tak akan crunchy.

Nak lagi sedap beli je kedu-dua jenis sapuan yang smooth dan crunchy. Semoga resepi kek cheese lotus biscoff yang paling sedap ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba! Pastikan cuba tau!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open