Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Gulai Ayam Mek Kelate Yang Terlajak Sedap. Rasa Asli Gulai Kelantan. Confirm Puas Hati!
Bagaimana nak dapatkan resepi gulai ayam kelantan yang sedap? Mari ikuti perkongsian resepi hari ini resepi gulai ayam mek kelate. Di Kelantan, masakkan seperti kari dikenali sebagai gulai. Masakkan kelantan memang terkenal lebih-lebih lagi ayam gulainya.
Resepi ayam gulai ini mempunyai rasa keenakan yang tersendiri dimana untuk menghasilkan gulai yang sedap seperti gulai ayam kelantan anda perlu menggunakan nisse dan rempah kari timbang dari kelantan.
Selalunya gulai ayam kelantan ini dijual bermula waktu pagi. Di jadikan nasi bungkus. Jika anda pernah makan gulai ayam kelantan, pasti anda sudah tahu kelainan aroma dan rasa gulai kelantan ini. Yang pertama kali mencubanya pasti terasa nak lagi.
Resepi asal gulai ayam kelantan ini adalah perkongsian dari Cik Puan Afy AL Habibi yang dikenali sebagai cikgu di media sosialnya. Menurut cikgu untuk mendapatkan resepi gulai ayam kelantan yang betul-betul sedap perlu menggunakan bahan dan teknik memasak yang betul.
Kepada penggemar nasi bungkus kelantan, pasti ada yang tidak sabar ingin mencuba resepi ini. Lebih-lebih lagi pada anak perantauan yang tak dapat balik disebabkan pendemik covid-19, mesti ramai yang rindu masakkan asli gulai ayam kelantan ini kan.
RESEPI GULAI AYAM MEK KELATE
Bagi penggemar masakkan gulai pantai timur dan sudah lama tidak merasakan nasi berlauk gulai ayam, bolehlah folow resepi ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1/2 ekor ayamyang telah dikelar
- 4 sekawan (kayu manis, bunga cengki, buah belaga dan bunga lawang)
- 2 biji bawang merah saiz bola ping pong
- 1 ulas bawang putih
- 1 hiris nipis halia
- 2 hiris nipis serai
- 1/2 hiris nipis lengkuas
- 1 sudu teh jintan manis dan ketumbar
- 1/4 sudu kecil cili kisar
- 2 sudu besar serbuk rempah kari timbang dari kelantan
- 1 gelas air asam jawa
- 1/2 relung nisse kampung dari Kelantan
- 1/2 sudu besar garam bukit
- Santan kotak kara(ikut kuah yang dikehendaki)
- Air (kalau kuah pekat tambah air)
- Lada Siam (jika ada)
- 1/2 sudu kecil kerisik
CARA PENYEDIAAN GULAI AYAM MEK KELATE :
▶️ Panaskan minyak secukupnya. Tumis terlebih dahulu 4 sekawan.
▶️ Tuang bahan kisar seperti di bawah:-
- 2 biji bawang merah saiz bola ping pong
- 1 ulas bawang putih
- 1 hiris nipis halia
- 2 hiris nipis serai
- 1/2 hiris nipis lengkuas
▶️ Masukkan 1 sudu teh jintan manis dan ketumbar (Boleh menjadikan rasa gulai lain dari yang lain).
▶️ Pastikan bahan yang dikisar ditumis sehingga naik bau, barulah masukkan 1/4 sudu kecil cili kisar.
▶️ Kemudian masukkan 2 sudu besar serbuk rempah kari timbang dari kelantan. (Untuk mendapatkan rasa gulai asli kelantan). Tumis sehingga garing menggunakan api yang perlahan.
▶️ Seterusnya, masukkan pula secawan air asam jawa. (Secubit asam jawa + segelas air kosong).
▶️ Kemudian tambahkan perasa peringkat pertama. Iaitu masukkan lebih kurang 1/2 relung nisse dan 1/2 sudu besar garam bukit.
▶️ Tutup periuk seketika. Biarkan lima enam minit untuk pes mendidih dan pecah minyak. Langkah ini penting untuk memastikan rupa gulai kelihatan cantik.
▶️ Apabila pes pecah minyak, boleh masukkan ayam yang dibasuh bersih, gaul seketika dan tutup periuk dengan tudungnya. Biarkan ia mereneh selama 20 minit.
▶️ Masukkan dua sudip santan kotak/ pekat. Tambah 1 cawan air dan perasa (garam dan gula) peringkat kedua. Kuantiti terpulang kepada kepekatan dan selera yang diinginkan.
▶️ Biarkan gulai mendidih dalam api perlahan selama 3-5 minit.
▶️ Terakhir sekali masukkan 1/2 sudu kecil kerisik untuk meyedapkan lagi rasa gulai.
▶️ Masukkan lada siam jika ada untuk menaikkan lagi rasa. Tutup api setelah rasa sebati.
BACA JUGA: Resepi Terbaru Cendawan Enoki Yang Crunchy Dan Berintikan Ayam. Confirm Sedap!
Siap untuk dihidangkan! Menurut cikgu, penggunaan serbuk rempah kari timbang kelantan ini memang berbeza dengan serbuk rempah kari yang lain. Perbezaan ketara dari segi bau dan rasa yang cukup sedap. Sesiapa pernah mencuba pasti dapat membezakannya.
Mesti ramai anak Kelantan di perantauan yang akan kekal setia dengan rempah-rempah gulai dan kari yang dibawa dari sana. Boleh dikatakan setiap kali berpeluang balik ke sana anda wajib membelinya untuk dijadikan stock di rumah.
Menarikkan resepi gulai ayam mek kelate ini. Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua. Kepada para penggemar gulai ayam pantai timur, jangan lupa cuba ya. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera semua!