Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Putu Bamboo Homemade Yang Sedap Dan Lembut! Guna Acuan Lompang Je Semua Boleh Buat!
Kalau ke pasar malam, antara makanan yang wajib dibeli adalah putu. Putu ni ada beberapa jenis, putu bamboo, putu piring, putu beras lah. Macam-macam ada. Tapi putu bamboo dan putu piring biasanya jadi pilihan.
Kalau nak makan putu ni sedap dimakan waktu masih panas atau suam. Makan dengan kelapa atau inti dia memang sedap!
Untuk perkongsian kali ni, saya nak share cara nak buat putu bamboo yang sedap! Kalau silap buat sikit memang boleh buat rasa jadi kurang sedap tau. Boleh follow resepi ni untuk hasilkan putu yang marvellous!
RESEPI PUTU BAMBOO
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 2 cawan tepung beras
- 1 cawan air
- Gula merah
- Daun pandan
- Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN PUTU BAMBOO :
▶ Masak air dalam periuk, letak daun pandan dan garam. Bila garam dah larut dan bau pandan dah naik, tutup api.
▶ Dalam bekas yang lain, masukkan tepung beras bersama 13 sudu besar air yang dimasak tadi
▶ Gaul tepung tu sampai jadi macam serbuk roti.
▶ Kemudian, ayak tepung guna penapis yang lubang dia besar. Penapis kecil susah nak ayak
▶ Bila dah siap, masukkan sikit tepung tadi dalam acuan lompang, masukkan gula merah sebagai inti di tengah dan tambah tepung lagi sikit.
▶ Panaskan pengukus dan kukus selama lebih kurang dalam 15 minit. Tudung periuk tu balutkan dengan kain, risau nanti wap air masuk dan tak perlu tekan tepung tu bagi padat ye.
▶ Bila dah siap kukus, bolehlah dihidangkan!
Resepi yang Cik Puan Azila Abdullah kita ni kongsikan, memang nampak mudah dan senang nak buat. Kalau rajin memang boleh buat dan hidangkan kepada keluarga. Tapi jika nak makan sedikit sahaja, boleh je terus beli dekat pasar malam untuk makan segera.
Untuk yang baru nak belajar buat putu bamboo ni, boleh follow resepi ni. Serious senang dan simple nak buat, dan hasil dia juga rasa yang sangat sedap! Lembut je tepung tu denga nisi gula merah dia.
Bila kita buat sendiri, kita bolehlah lebihkan gula merah jika suka. Boleh hidangkan untuk minum petang, atau untuk makan pagi pun boleh. Nak santai-santau makan depan televisyen lepas makan malam pun tak ada masalah!
Kepada yang baru nak cuba, saya ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu selera!