Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Mee Kari Sempoi Yang Mudah Dan Sedap. Buat Hidangan Minum Petang Memang Best. Kuah Pun Tak Muak!

0 427

Ada yang terasa nak makan mee kari ke? Biasanya raya-raya macam ni, mesti Ada yang buat menu mee kari untuk open house kan. Tapi kalau malas nak pegi open house, korang lepas la craving korang dengan masak sendiri. Follow je resepi mee kari sempoi kat sini.

Dah nama pun mee kari sempoi kan. Mesti tak renyah nak masak nanti. Rasa sedap mee kari ni sangat bergantín dengan rasa kuah. Kalau kuah tak sedap, spoil juga nak makan nanti. Untuk bahagian lauk tu pula, korang boleh letar apa je lauk korang suka. Sebab ada je yang suka banyak lauk ni.

Selalu je jumpa mee kari ni kat pasar malam. Tapi, ada yang tak ngam dengan tekak. Yelah lain orang, mungkin lain cara masaknya dan lain cita rasanya kan. Mee kari ni juga sesuai di hidang bila ada kenduri atau majlis-majlis keramaian di rumah.

Makan mee kari ni panas-panas dengan perahan air limau nipis, boleh terangkat di buatnya! Ada yang tak cukup semangkuk tau. Rasa pedas, masam, manis dan masin tu semua dah lengkap. Extra masak dan pedas lagi power rasanya! Barulah terasa nikmat makan mee kari kan.

Resepi mee kari sempoi ni telah di kongsikan oleh Cik Puan Anna Azilla di Facebook. Step by step nya pun sangatlah mudah. Korang boleh buat menu ni untuk minim petang. Takde lah bosan asyik makan kuih je. Sekali sekala tukar buat mee kari baru syok.

 

RESEPI MEE KARI SEMPOI 

Tanpa membuang masa lagi, apa kata korang semua penggemar mee kari tengok satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan. Kalau dah lengkap semua bahan, boleh lah terus buat untuk petang ni. Jom masak!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Mi kuning (dicelur)
  • Pes sambal/ cili blend

 

Bahan kisar : 
  • 2 biji bwg besar
  • 4 ulas bwg putih
  • Segenggam ikan bilis

Bahan-bahan hiasan : 
  • Sawi (dicelur)
  • Taugeh (dicelur)
  • Cili besar dan cili padi (dipotong)
  • Bawang goreng
  • Telur rebus
  • Daun sup (dihiris)
  • Limau nipis

CARA PENYEDIAAN MEE KARI SEMPOI : 

▶️ Panaskan minyak. Tumis 3 sekawan dan masukkan bahan kisar.

▶️ Masukkan 3 btg serai yang dah diketuk.

▶️ Masukkan pula daun kari.

▶️ Kacau-kacau dan masukkan cili blend. Ikut suka nak pedas mana.

▶️ Masukkan serbuk kari, ikut suka cap apa. Kacau lagi sampai pecah minyak.

▶️ Masukkan ayam. Boleh guna bahagian yang tulang-tulang tu. Letak isi sikit je.

▶️ Kemudian, kacau bagi sebati.

▶️ Masukkan santan. Korang guna santan kotak je.

▶️ Masuk kan fish cake dan fish ball. Ikut suka korang nak betak apa lagi.

▶️ Kacau-kacau dan tambah air. Kuah jangan pekat sangat dan jangan cair sangat. Kena pandai balance kan.

▶️ Perasakan dengan garam, nak letak kiub ayam pun boleh.

▶️ Biar masak sekata dan mendidih. Dah siap kuah kari!

▶️ Masukkan semua bahan hiasan atau lauk & mee dalam mangkuk. 

▶️ Curah dengan kuah kari. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Cheezy Wedges Homemade Lagi Sedap, Senang Dan Jimat. Puas Hati Makan Dari Kat KFC Punya! 

 

Mudah je kan. Wah! Hirup kuah mee kari ni memang boleh kecur liur dibuatnya. Sedap sangat. Rasa kuahnya pun tak buat korang muak. Tak pekat dan tak juga terlalu cair. Kalau nak makan mee kari ni, jangan lupa telur rebus. Kalau takde telur rebus, hilang rasa power mee kari korang nanti.

Kalau masak sendiri boleh makan ramai-ramai satu family. Kalau beli kat luar tu, terpaksa beli banyak-banyak. Rasanya pula belum tentu sedap. Kalau korang dah biasa makan kat kedai yang korang selalu beli tu takpe lah juga kan.

Akhir sekali, di ucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Puan Anna Azilla kerana sudi berkongsi resepi mee kari sempoi ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open