Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Cheezy Wedges Homemade Lagi Sedap, Senang Dan Jimat. Puas Hati Makan Dari Kat KFC Punya! 

0 1,521

Kalau asyik nak makan cheezy wedges atau kentang kat KFC boleh kopak juga duit poket di buatnya! Korang try buat cheezy wedges homemade ni. Nak frozenkan pun boleh. Tinggal keluar peti dan goreng je bila nak makan nanti. Sedap, senang dan jimat sangat.

Lagi puas hati buat sendiri cheezy wedges ni dari makan kat KFC tau! Mahal pula tu. Wedges ni kalau nak beli sekilo ade RM7-8 ringgit juga. Kentang pula alahai kecil-kecil je. Tapi lagi berbaloi buat homemade. Kalau buat sendiri lagi jimat tau! 5 kg buat tak sampai Rm15 pun. Jimat kan?

Cheezy wedges ni bukan anak-anak je yang suka makan. Kita pun kalau pegi KFC confirm add on cheezy wedges ni. Kalau kat rumah korang ramai yang suka menu simple KFC ni. Baik buat sendiri. Buat banyak-banyak nanti bolehlah korang frozenkan. Bila-bila terasa nak makan, boleh terus goreng je.

Nak buat cheezy wedges homemade ni tak susah mana pun. Senang je! Korang follow je step by step yang di kongsikan oleh Cik Puan Cikbie LokLok Steamboat di Facebook. Resepi ni dah viral 9k share kat Facebook tau! Ramai giler yang suka. Makan panas-panas curah cheese memang sedap!

Bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan cheezy wedges ni tak banyak pun. Korang boleh gunakan tepung bestari spicy atau tepung serbaguna spicy.  Kalau risau pedas tukar dengan tepung perisa original. Yang original ni asingkan untuk anak-anak makan. Takkan korang tak makan pedas kan.

 

RESEPI CHEEZY WEDGES HOMEMADE

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan. Dengan 5 bahan je, cheezy wedges lagi sedap dari KFC terus siap. Jom lihat bahan-bahan di bawah.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Kentang
  • Kiub ayam
  • Garam
  • Tepung bestari spicy/ tepung serbaguna spicy
CARA PEMNYEDIAAN CHEEZY WEDGES HOMEMADE :

▶️ Bersihkan kentang berkulit atau tidak. Potong ikut citarasa dan rebus sekejap dengan kiub ayam & garam.

▶️ Toskan kentang dan biarkan supaya sejuk dan kurang basah.

▶️ Gaul manja kentang dalam tepung bestari spicy atau apa-apa je tepung serbaguna spicy.

▶️ Susun kentang dalam dulang supaya senang nak packing.

▶️ Packing kentang dalam plastik supaya senang nak ambik bila nak guna nanti.

▶️ Sejuk bekukan semalaman. Esoknya dah boleh goreng. Lagi lama dalam peti lagi sedap.

▶️ Goreng sampai garing & bancuhkan serbuk cheese cheezy wedges. Tuang ke cicah ke tak kisah.

▶️ Dah siap untuk dimakan!

 

BACA JUGA : Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Giler. Makan Ratah Macam Tu Je Pun Dah Sedap Sangat!

 

Siap untuk dihidang! Tips bila dah buat banyak, nak makan esok pagi katakan, malam tu yang beku keras kejung tu ambil letak dalam peti bahagian bawah. Esoknya dah boleh ambil goreng terus. Sesuai juga dijadikan hidang untuk sarapan pagi anak-anak juga tau!

Lepas ni puas korang makan cheezy wedges kat rumah. Hari-hari boleh makan tau! Ada macam-macam lagi resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan Cikbie LokLok Steamboat di wall Facebooknya. Dan resepi ni antara yang viral dan ramai orang suka. Sebab mudah sangat nak buat! 

Diucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana berkongsi resepi cheezy wedges homemade yang sedap, mudah dan jimat ini di Facebook. Semoga Ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open