Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Roti Sosej Yang Lembut Dan Gebu. Resepi Mudah Untuk Kita Buat Minum Petang!

0 15,315

Petang-petang suka betul makanan yang simple tapi kenyang. Contohnya kalau ada roti gardenia tu, boleh buat sosej, goreng telur, bingka roti, atau roti bakar sapu kaya pun sedap!

Dan ada satu lagi resepi yang kita boleh buat untuk hidangan minum petang kita. Nak buat dia senang je, dan bahan-bahan pun mudah nak dapat.

Roti sosej yang motel dan gebu. Paling best bila makan roti ni sebab lembut jee roti yang kita buat tau. Memang puas hati bila kita siapkan sendiri untuk anak-anak dan family.

Kalau ada yang breadmaker boleh gunakan breadmaker je sebab lagi senang dan cepat proses nak siapkan roti kita.  Jom saya kongsikan resepi daripada Cik Puan Suhaila Kusairi kita ni.

 

ROTI SOSEJ MONTEL GEBU

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 2 ½ cawan tepung roti
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar marjerin
  • ¾ sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula kastor
  • ½ cawan air suam
  • 2 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1 biji telur
  • ¼ cawan susu segar
  • Sedikit olive oil
  • Sosej (apa -apa perisa dan brand)

CARA PENYEDIAAN ROTI SOSEJ MONTEL GEBU :

▶ Mula-mula sekali, campurkan semua bahan dan uli sebati, nak uli guna tangan boleh nak pakai mixer pun boleh.

▶ Uli betul-betul tau sampai adunan doh tu jadi elastik, kalau tarik panjang-panjang payah nak putus. (lebih kurang 20-30 minit kalau uli tangan), then sapu sikit olive oil pada tangan dan sambung uli dalam 5 minit.

▶ Kemudian rehatkan doh selama 45 minit hingga 1 jam. Sampai doh kembang 2-3 kali ganda

BACA JUGA: Resepi Mudah Apam Nasi Pandan Yang Lembut Dan Gebu! Boleh Buat Menu Hidangan Untuk Minum Petang!

▶ Dah kembang, bolehlah bahagikan kepada 7 bahagian. Satu adunan ni boleh buat 7 biji roti.

▶ Canaikan doh sedikit memanjang. Agak-agak muat saiz sebatang sosej. Balut dan kemaskan supaya sosej berada elok di dalamnya.

▶ Kemudian, kelar-kelar bahagian tengah roti sehingga terkena bahagian sosej. Kelar sehingga terpotong sosej tu tau.

▶ Seterusnya, bukak ruang roti yang ada sosej tu ke kiri dan ke kanan. Boleh rujuk gambar untuk lebih mudah faham. Buat sampai habis.

▶ Tabur tepung dalam Loyang dan susun roti kita.

▶ Untuk topping atas, sapukan bancuhan kuning telur bersama ¼ cawan freshmilk dan ½ penutup pewarna kuning telur.

▶ Letak sos, mayonis, cheese (mozarella atau cheese slices mana yang available boleh letak), dan juga mixed vegie sekali kalau suka.

▶ Bakar pada suhu 160 degree api atas bawah selama 25 minit bergantung pada oven masing-masing.

Tips:

▶ Jangan simpan yis dalam peti ais atau ditempat panas, sebab yis tu akan mati, tunggulah 2-3 jam sekalipun doh takkan kembang. Jadi, simpan di tempat biasa sahaja atau suhu bilik.

▶ Kalau nak doh cepat kembang, campurkan yis dalam air suam lebih kurang 10 minit sampai berbuih kemudian masukkan ke dalam adunan

▶ Pandai-pandailah adjust kalau adunan terkeras atau terlembik tambahlah tepung atau air dan lain-lain ikut citarasa, asalkan doh tak melekat di tangan kira menjadi!

Kalau dapat roti macam ni, makan tengah panas memang sedap. Atas roti, letakkan sos dan mayonid lagi sedap!

Senang je kan nak buat roti sosej ni, cuma masa yang lama sikit untuk perap tu sahaja. Jadi, kalau nak buat untuk minum petang, boleh start awal sikit ye.

Roti macam ni, bukan kita je suka tau. Anak-anak pun berebut nak makan sebab rasa dia lembut dan gebu. Ditambah pula denga nada sosej di bahagian tengahnya.

Kepada yang baru nak cuba, saya ucapkan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open